Kutu, mudah membiak dalam keadaan tertutup dan lembap..Kebersihan rambut kene jaga, baru la kutu tidak membiak dengan jayanya. Bila kutu dah mengigit kulit kepala, gatalnya rasa... Kalu ada kelemumur lagi la, makin sedap la menggaru.. Silap haribulan, kulit kepala jadi luka sebab selalu sangat menggaru.
Selasa, 25 Februari 2014
Kutu??? uuuueeeewww........
Kutu, mudah membiak dalam keadaan tertutup dan lembap..Kebersihan rambut kene jaga, baru la kutu tidak membiak dengan jayanya. Bila kutu dah mengigit kulit kepala, gatalnya rasa... Kalu ada kelemumur lagi la, makin sedap la menggaru.. Silap haribulan, kulit kepala jadi luka sebab selalu sangat menggaru.
Jumaat, 21 Februari 2014
Rotavirus... #2
Kalu diikutkan, rotavirus ni boleh menyebabkan kematian.. haaa.. jangan memain dengan virus ni!!
Selain ORS, uols bley bagi Performance Drink kat anak-anak (sekiranya mereka berumur lebih dari setahun). Aku bagi Performance Drink kat bebudak ni, untuk elak hidrasi.. Antara cara penggunaan PD :
1. 1 cawan air masak, dicampur dengan 2-3 sudu besar PD. Bagi anak minum sepanjang hari.
2. Menggunakan picagari, bagi anak minum PD.. Kekadang, bebudak nak minum dari picagari.
3. Air PD tadi, dimasukkan dalam plastik kecil dan disimpan dalam peti sejuk beku (jadi cam ais krim 20sen tu).. Bebudak tak tahu yang itu adalah air PD.. hehehehe...
Khamis, 20 Februari 2014
Rotavirus...
- Demam panas
- Cirit birit
- muntah2
- Kurang selera makan
- Perut bergelora
- Badan jadi lesu
- sukat suhu badan
- Check pernafasan, perut ( kut2 perut kembung), etc
- Bagi ubat demam, ubat tahan muntah, ORS ('air garam').
- Ambil sampel darah
1. Dapatkan rawatan dari doktor ( of course la kan... Hehehe)
3. Kurangkan minuman atau makanan bersusu ( akan menyebabkan makin muntah)
4. Banyakkan minum air masak ( untuk elakkan dehydration)..
5. Digalakkan minum air vitagen, yakult or seangkatan dengannya.. Untuk bagi bakteria baik bekerja dalam perut yang tengah bergelora..
7. Mop lantai dan sekitar rumah menggunakan Dettol.
8. Bagi air yang telah dimasak kepada pesakit, kebanyakkan penapis minuman tidak dapat menghalang rotavirus merebak.
TAAAAAAAPI......... Sekiranya anda sering membelikan air Vitagen/Yakult atau yogurt, pastikan sentiasa berada dalam peti untuk pastikan kualitinya. Jangan biarkan air tersebut berada lama dalam suhu bilik, sebab dalam air tu kan ade bakteria yang baik (probiotic cultures).. Kemungkinan anak anda akan cirit jika minum air tersebut.. Kelebihan minum air Vitagen, klik sini
Rabu, 19 Februari 2014
Kene masuk wad KPMC Puchong
Aira n adel kene warded semalam.. Doktor cakap, kemungkinan denggi n ade bakteria dalam darah.. Camne jadi gitu? Meh i bagi kronologinya deh :
Sabtu - ke Kuala Pilah sebab majlis pertunangan adik ipar. Then mandi manda di Ulu Bendul bersama sepupunya.
Ahad - Adel n Dhia ikut ke majlis kesyukuran kakak di Nilai. Aira tak ikut,katenye demam tapi badan tak panas pun. Adel start muntah2 petang sabtu sampai la ke malam. Makan minum langsung tak nak, mungkin sebab fobia.. Cirit birit 3x malam senin..minum sikit, terus muntah.. Segala jenis air pun tak nak..
Isnin - gi klinik, doktor cakap demam biasa je,tak yah masuk hospital.. Tapi adel still tak nak makan n minum.. Still muntah2.. Aira da start demam malam tu.
Selasa - aira lak demam panas, muntah2 n cirit.. Adel dah lembik sebab tak minum n makan selama 3 hari..so gi klinik lagi sekali, mintak referral letter. So petangnya terus gi KPMC Puchong. Lepas check darah, doktor nasihatkab supaya masuk wad.. Doc bagi ubat demam, ubat tahan muntah n masuk air.. Alhamdulillah aira tak muntah tapi still cirit. Adel da kurang ciritnya.. Sepanjang hari selasa, adel hanya minum 2 botol air vitagen, n sedikit air masak. Makan ape pun tak nak..
Rabu - sukenyer bila dengar adel duk gelak n makan.. Walaupun hanya biskut sekeping n nasi 2-3 mulut, at least da ade selera makannya. Aira n adel still cirit, tapi da kurang.. Doctor ambil sampel najis aira untuk check n nasihat minum air vitagen or yakult.. Nadib baik da beli siap2.. Tapi bila tepon rumah, rupanya Dhia pun muntah2 n cirit juga malam tadi. En.asben balik rumah, rupanya suhu dhia lepas mandi 38.7'.. So sebelum mandi, suhu die lagi tinggi la :-(
Hmm.. So sekarang i tunggu doktor mai check n en.asben mai (maybe dhia mai jugak untuk tanya pendapat doktor).
Pagi tadi doktor cakap maybe adel da bley balik petang ni, si aira mungkin kene tahan lagi.. So, sekarang tunggu doktor mai, sekali check dhia.. Tak sanggup tengok dhia kene masuk air, harap2 dhia ok kalu duduk rumah jek :-(
Rabu, 12 Februari 2014
Cara 'membuang' yang betul..
Isnin, 10 Februari 2014
Ujian rutin semasa hamil
SEMASA pemeriksaan kehamilan baru-baru ini, jururawat ada mengambil darah saya untuk membuat ujian kumpulan darah dan juga rhesus. Saya tidak tahu apakah kepentingan mengetahui jenis rhesus wanita hamil. Saya amat mengharap agar doktor dapat membantu saya.
Puan Salina, Ulu Langat
Jawapan
Setiap wanita hamil dikehendaki memeriksa kumpulan darah, bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui jenis kumpulan darah sama ada A, B, AB atau O tetapi untuk mengenal pasti jenis rhesus. Rhesus merupakan satu lagi jenis komponen pengenalan pada sel darah. Rhesus terbahagi kepada dua iaitu rhesus positif atau rhesus negatif.
Permasalahan rhesus semasa hamil boleh berlaku apabila wanita yang negatif mempunyai pasangan rhesus positif. Hal ini boleh memberi kesan kepada janin yang dikandung jika bayi atau janin tersebut mempunyai rhesus jenis positif. Jika anak dalam kandungan yang pertama positif, sel-sel darah daripada anak dapat bercampur dengan darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dalam badan ibu dan membentuk antibodi (antibodi anti-D) yang memusnahkan sel-sel darah rhesus positif bayi.
Jika janin mempunyai rhesus positif, masalah boleh timbul jika sel darah janin bercampur dengan sel darah ibu. Jika tidak dirawat, sel darah ibu akan membentuk antibodi yang akan memusnahkan sel-sel darah rhesus positif janin. Antibodi yang terbentuk ini boleh memberi masalah kepada janin dan boleh mengakibatkan kematian janin.
Pembentukan antibodi ini boleh terjadi dalam keadaan berikut, iaitu:
i. Kelahiran yang lebih cenderung dalam pembedahan caesarean, kelahiran kembar dan kelahiran stillbirth.
ii. Prosedur D & C.
iii. Prosedur mengeluarkan uri yang lambat lekang selepas bersalin (manual removal of the placenta).
iv. Prosedur tertentu sewaktu kehamilan. Contohnya, amniosentesis dan chorionic villous sampling)ketiga seperti kemalangan, hentakan dan sebagainya.
Antibodi (antibodi anti-D) yang dibentuk dalam ibu akan berkekalan dan kalau seorang itu telah dijangkiti demam campak, badannya telah membentuk antibodi yang melawan virus itu dan kemudiannya, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana antibodi yang ada ini akan mengenal virus campak pada kali yang kedua dan terus memusnahkannya.
Jadi, jika seseorang ibu mengandung kali kedua dan kandungan anak itu positif, antibodi daripada ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan, ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan hydrops fetalis.
Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sangat ada kematian bayi berikutan masalah rhesus.
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)
Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.
Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my
Sumber : Klik sini
Ahad, 9 Februari 2014
Testimoni untuk lenguh-lenguh kaki
Alhamdulillah customer ni berpuas hati dengan Shaklee.. So lepas ni, bley shopping sakan la.. Hehehe.. Gumbira dengar, walaupun die bukan customer I, tapi dah makin ramai yang jatuh cinta ngan Shaklee :-)
So, antara supplement yang dicadangkan untuk mereka yang nak gi melancong or umrah :
- ESP - memberi tenaga sepanjang hari, membekalkan sumber protein dari kacang soya untuk badan kekal aktif.
- Ostematrix - membekalkan kalsium dalam badan, membantu mengurangkan lenguh-lenguh n sakit belakang
- Nutriferon - menggalakkan sistem pertahanan dalam badan
- Vitamin C - kecantikkan kulit, mengaktifkan sel-sel badan
- B Complex - untuk membekalkan tenaga sepanjang perjalanan, hilangkan stress
- Herbal blend - untuk mengurangkan gatal-gatal kulit, gigitan serangga, etc. Untuk kegunaan luat sahaja..
Yup, herbal blend pun penting tau.. mana nak cari cream serbaguna dan halal macam ni kat oversea?? Selamat untuk disapu pada baby jugak..
PM me untuk konsultansi percuma.. Kesemua supplement yang dicadangkan bukan untuk merawat, mendiagnos tetapi apabila selalu diamalkan, in sya Allah badan akan sihat secara semulajadi..
Sabtu, 8 Februari 2014
Sindrom sakit sendi facet tengkuk
- sakit dan kejang di bahagian tengkuk, sakit otot bahu dan belikat, pening kepala sehingga menangkap ke mata dan penglihatan akan menjadi rabun.
- terasa seolah-olah pening (hanyut) seperti mabuk laut, terasa terumbang-ambing, mata jadi kelabu, mudah pitam, telinga berdesing, manakala perut akan banyak angin menjadikan gastrik.
Rawatan :
Suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi facet tersebut. Suntikan ini akan melemahkan saraf yang bawa signal sakit pada sendi facet tersebut. Bila saraf sudah “kebas”, tiada lagi rasa sakit atau pening.Jika kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses arthritis (proses penuaan) tersebut jika ianya tidak beri rasa sakit. Ramai aorang yang mengalami arthritis pada sendi tapi penyakit ini tidak mengganggu mereka.Majority daripada pesakit (80%) telah sembuh sehari selepas rawatan radiofrequency. Pengambilan supplemen antioxidant dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan untuk memperlahankan proses penuaan.
Rawatan radiaofrequency sudah lama bertapak di hospital HUSM. Tetapi rawatan ini boleh didapati hospital swasta tertentu.Tetapi perlu diingatkan bahawa hasil yang cemerlang dari rawatan suntikan ini,bukan disebabkan oleh semata-mata oleh teknologi atau suntikan dibuat.Tetapi ianya banyak bergantung pada kepakaran doktor melakukan suntikan (yang terlatih), diagnosis yang tepat dan masa yang betul(tidak terlalu serious).Sendi bahu yang sakit dan kaku boleh dirawat dengan suntikan ubat kedalam sendi dan juga rawatan suntikan radiofrequency.
Untuk cerita selanjutnya, klik sini, or sini
Khamis, 6 Februari 2014
Penangan alfalfa
Tadi jumpa ex-opismate lama.. Die baru start makan alfalfa, sebab nak breastfeed baby die..
' memang berbeza akak.. Susu jadi makin pekat, baby pun cepat kenyang.. Malam tadi lambat bagi baby menyusu, terus bengkak 'miss B' .. Sakitnya. .. Baby menyusu pun, 'miss B' masih bengkak lagi..'
Ni, die nak try ESP lak.. I dah warning awal-awal kat die, kalu campur ESP ni, kene rajin pump.. Setiap 2 jam kene pump, nanti ade yang mengadu bengkak.. Hehehehhe..
Rezeki susu badan ni berbeza tau.. Ade yang dapat banyak, ade yang cukup-cukup je walaupun dan makan supplement bagai.. Yang penting, si ibu kene kuat semangat n sentiasa berdoa supaya susu badan cukup untuk baby sehingga 2 tahun.. Ade yang baby minum 3auns je dah kenyang, ade yang kene minum sampai 5 auns.. So, jangan gusar ekk.. Mengadu padaNya.. In Sya Allah dipermudahkan jalan.. :-)
Promosi Februari 2014
Selasa, 4 Februari 2014
Seminit sahaja diperlukan
Agak-agak, apa yang boleh dilakukan dalam masa seminit?? Minum air kopi? Makan gula-gula? Pergi toilet? Bergossip? Update status dalam FB, twitter, instagram??
Jom lakukan benda yang mudah ni.. Kalu uols kate tak de masa gak, tak tahu nak kate ape laaa.. Hehehehe..
Adakah saya perlu detoks
Ce jawab secara jujur, banyak yang 'YES' or 'NO'?? jika jawapan anda banyak yang 'yes', jadi kene la lakukan sesuatu ye.. Jangan biarkan diri anda penuh dengan toksin.. :-)
Niat kerana Allah
Isnin, 3 Februari 2014
Kegunaan Bawang Putih
' Allicin is the compound derived from garlic and responsible for many beneficial actions. Allicin does not occur in "ordinary" garlic, it is produced when garlic is finely chopped or crushed. Garlic has been traditionally used for the relief of cough, cold and flu and improves blood circulation.*
Each Shaklee garlic tablet contains 500mg of garlic.
No artificial flavours, sweeteners, colours, or preservatives added. '