Duta produk Shakleeku

Keluargaku menggunakan hampir semua produk Shaklee sebelum betul-betul berminat menjadi Shaklee Distributor. Kami adalah testimonial hidup tentang keberkesanan produk Shaklee.

Promosi Bulan Ini

Berminat? Hubungi saya, Yuhaniz Baidzawi Shaklee Distributor ID:889137, call/whatsApp/sms 013-2044074.

Halal: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Hijau

3 konsep yang ditekankan dalam Shaklee. Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Pertubuhan Islam Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Vivix

Anti-penuaan yang merupakan penemuan terhebat Shaklee. Hanya terdapat di Shaklee.

CANTIK BERSERI

Banyakkanlah ibadah dan pahala anda dalam bulan Ramadhan ini tanpa alasan kepenatan. Kekalkan tenaga dan prestasi kerja anda dalam bulan puasa ini.

Selasa, 25 Jun 2013

Tips dapat anak

Seorang kawan bercerita tentang kos penjagaan kucing yang tinggi melibatkan penjagaan kesihatan dan pemakanan. kos ini menyamai kos penjagaan anak. isterinya seorang yang begitu sayangkan kucing dan memang sunnah rasulullah sayangkan kucing. terkenang nasib kawan ini yang masih tidak mempunyai anak walaupun setelah 5 tahun perkahwinan. sunyinya sang isteri.4 org rakan sekerja mempunyai masalah yang sama, teringat jugak masa diri sendiri setahun selepas perkahwinan, masih tidak mempunyai tanda-tanda cahaya mata dan pelbagai tips diterima oleh kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan. walaupun berunsur nakal tapi diterima dgn hati terbuka dan alhamdulillah success, cuma tak pasti yg mana satu berkesan. jadi saya kongsikan tips dapat anak untuk semua samada fakta atau auta yang pernah di terima, dengan harapan dipraktikkan untuk keseronokan dan kebahagiaan masa depan.

Tips Dapat Anak
1. Kerap melakukan kelamin
  • melakukan hubungan seks semasa waktu subur.
  • pelbagaikan posisi semasa ejakulasi.dikatakan paling berkesan, letakkan bantal bawah punggung isteri.
  • selepas melakukan seks, biarkan air mani dalam faraj selama sekurang-kurangnya 10 minit
2. Menjaga berat badan. Berat badan ideal adalah mengikut perkiraan BMI (Body Mass Indeks) antara 18-21.

3. Kurangkan stres. Stres atau kemurungan adalah satu penyakit psikologi yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit tubuh badan

4. Amalkan makanan seimbang atau makanan kesuburan seperti
  • air, teh hijau
  • sayuran seperti bayam, sayuran bewarna kuning/oren, kobis, lomsk merah, brokoli, kacang peas, keledek merah.
  • buah-buahan seperti betik, jambu batu, buah naga, perahan limau nipis/kasturi.
  • daging, ayam, ikan telur dan sumber tenusu
  • biji-bijiran seperti almond.
  • tiram
  • tofu dan soya
Mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, dimana kesahihan daripada sudut perubatan moden belum terbukti.

 5. Pengambilan suplemen bervitamin tinggi untuk meningkatkan kesuburan. Set vitamin yang dicadangkan :
  • B-Complex
  • Vitalea
  • Vitamin C
  • Ostematrix

  • GLA
-         Seimbangkan hormon wanita
-         Menghalang pertumbuhan sel tumor dan  kanser

  • Alfalfa
-         Detox darah, hati,usus - supaya menyerapan vitamin dapat dilakukan sepenuhnya
-         Sebagai kacip fatimah

  • Vitamin E
-          Mempertingktkan kemampuan reproduktif
-          Antioksida yang kuat untuk membersihkan radikal bebas yg merosakkan sel &  melindungi sperma
-          Memperbarui sel-sel (hilang parut2 hitam, bekas jahitan pembedahan, etc)

  • ESP
-          Mengandungi isoflavine, penting untuk hormon wanita

-          Mengandungi 9 asid amino yg penting

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu dan Kesihatan

Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan Shaklee Nutriferon. 
NutriFeron meningkatkan nutriferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindakbalas sistem imun badan. 
Cara pengambilan :

Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU;

Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.


Kesan Awal Jerebu kepada Kesihatan.
Sekali lagi kita diselubungi jerebu yang semakin teruk melanda negara kita. bergantung kepada ensitiviti, ketahanan imunisasi tubuh kita, tahap pencemaran indeks pencemaran udara (ipu) dan setakat mana pendedahan, kesan awal jerebu kepada kesihatan melibatkan
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Kesan Jangka Panjang
94% daripada partikel dalam jerebu berukuran kurang dari 2.5 mm iaitu lebih kecil dari ketebalan sehelai rambut manusia. Partikel halus ini membolehkan ianya berada lama di awangan pada jarak yang lebih jauh menyebabkan risiko yang lebih besar kepada manusia. Partikel halus ini mampu menembusi mekanisme pertahanan badan seperti sistem penapis hidung terus ke dalam peparu. 
Risiko jangka panjang jerebu melibatkan partikel halus pada pendedahan berterusan ini antaranya
  • risiko kematian kepada pesakit kardiovaskular
  • menyumbang kepada diabetes; partikel terlalu halus mampu menusuk ke dalam aliran darah dan diserap tisu.
  • keguguran, kecacatan anak dalam kandungan, kelahiran tidak cukup bulan, kematian bayi.
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan berisiko tinggi iaitu :
1.     Kanak-kanak
2.     Orang Tua
3.     Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru kronik, jantung, alahan.
4.     perokok
5.     Mereka yang sentiasa bekerja diluar pejabat atau rumah.
untuk mengetahui IPU terkini: http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx

sumber: 
http://blissair.com/health-effects-of-haze.htm
http://www.jkr.gov.my/cawmekanikal/images/stories/zoo/uploads/muat-turun/keselamatan-kesihatan-pekerjaan/Jerebu%20-%20Panduan%20Kesihatan%20Untuk%20Anda.pdf



Isnin, 17 Jun 2013

Rasa cam nak demam

Jumaat lepas, Dhia nampak cam selsema... asyik 'acccchhhuummm...accchhhhuuuummmm...' jek... cepat-cepat aku makan Nutriferon 1 sachet... Sib baik Dhia masih menyusu badan, so khasiat dari Nutriferon bolehla disalurkan ke Dhia :)

Hari Sabtu lak, aku start rasa sakit tekak..rasa perit jek... makan 1 sachet lagi...pagi Jumaat pun rasa cam perit lagi... 1 sachet lagi please... alhamdulillah, demam tak jadi datang.. memang terbaik aa Nutriferon ni... :)




Selasa, 11 Jun 2013

Pengenalan Shaklee





Selasa, 4 Jun 2013

Shaklee - Halal???

ISA - Islamic Services of America, organisasi yang mengeluarkan sijil halal di Amerika dan telah diperakui oleh Jakim

Soalan 1 :
Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu
Terima kasih
Ainul- Amar Dhiya 

Soalan 2:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya kepada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.
Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?
Terima kasih
Cikgu Umi Kalsom.

———————————————————————’

JAWAPAN:
Wa alaikum salam.
Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.
Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.
Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.
Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi”.

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan FarmaseutikalKebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untu kmengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee. Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yangmengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layar iwww.halalscience.com

Terima kasih.
Abd Rahman BacoPenulishalalscience.com
______________________

yg benar
mamafaiz

Sabtu, 1 Jun 2013

Keperluan Vitamin Tambahan


Galeri Banner