Duta produk Shakleeku

Keluargaku menggunakan hampir semua produk Shaklee sebelum betul-betul berminat menjadi Shaklee Distributor. Kami adalah testimonial hidup tentang keberkesanan produk Shaklee.

Promosi Bulan Ini

Berminat? Hubungi saya, Yuhaniz Baidzawi Shaklee Distributor ID:889137, call/whatsApp/sms 013-2044074.

Halal: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Hijau

3 konsep yang ditekankan dalam Shaklee. Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Pertubuhan Islam Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Vivix

Anti-penuaan yang merupakan penemuan terhebat Shaklee. Hanya terdapat di Shaklee.

CANTIK BERSERI

Banyakkanlah ibadah dan pahala anda dalam bulan Ramadhan ini tanpa alasan kepenatan. Kekalkan tenaga dan prestasi kerja anda dalam bulan puasa ini.

Memaparkan catatan dengan label esp soy protein. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label esp soy protein. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2014

Testimoni alfalfa n esp

Haa... Ni antara customer i yang amat puas hati dengan alfalfa dan ESP Shaklee.. Antara komen beliau :
'susu badan dah makin bertambah, dari 8oz sehari bley dapat sehingga 20oz sehari'
'baby pun minum susu 3x je sehari, mungkin sebab susu pekat kut..'
'bila minum ESP masa bekpes, perut tak rasa lapar pun.. Kalu tak, kul 10am nak kene cari nasi dah'
'memang puas hati la ngan ESP n alfalfa ni'

Alhamduliah, Allah membuka pintu hatinya untuk cuba Shaklee dan mendapat rezeki sedemikian.. Saya hanya share kelebihan produk Shaklee, tapi Allah yang yang Pemberi rezeki.. :-)


Sabtu, 29 Mac 2014

ESP,menepati piramid makanan.

Haa... Pernah nampak logo ni kat botol ESP?? Se try check dulu.. Ni maksudnya, menepati piramid makanan.. So, tak yah bimbang kalu terlebih gula ke, lemak ke, ape kan.. Tapi opkos la ESP diperbuat daripada soya non-gmo, tanpa pengawet dan perisa tambahan :-)




Isnin, 28 Oktober 2013

Testimoni pengguna alfalfa dan ESP

Ni, ex-roomate I dulu.. Alhamdulillah,  walaupun baru seminggu menggunakan ESP dan alfalfa, hasil ebmnya bertambah :-)

Jumaat, 5 Julai 2013

Berpantang dengan Shaklee

Sejak berkenalan dengan Shaklee pada September 2012, terus jatuh hati dengan semua produknya..  Asalnya, hanya sering membaca post mengenai kebaikan produk shaklee dan kesan daripada kekurangan nutrisi ketika mengandung oleh Master Nadiah Suhaidi.  Sejak dari itu, post beliau sering menghantui aku.

Semasa anak sulung, aku menggunakan produk homeopathi Sxxxxxxx dari awal kehamilan hinggalah semasa berpantang. anak kedua pula, semasa mengandung hanya menggunakan ubat yang diberi oleh doktor (yang seringkali aku 'skip' makan) dan habiskan produk Sxxxxxxx yang masih belum habis sebelum itu.  Untuk anak ketiga inilah, baru aku guna produk Shaklee dari awal kehamilan, berpantang dan amalan untuk seisi keluarga ku..

Dipendekkan cerita, aku memang puas hati dengan produk Shaklee, terutama sekali semasa dalam pantang.  Badan rasa bertenaga, cergas dan berat cepat turun.. bayangkan, aku boleh naik tangga hospital 1 tingkat (time tu lif rosak, aku tak sabar dah nak tengok baby :)) selepas 15jam bersalin!!! 

kalu anak pertama dulu, siap pitam lagi dalam bilik air masa nak mandi wiladah.  masa tu, nasib baik en.asben ada menemani.. kalu tak, tak tahu laa..  anak kedua pun, macam tu gak.. untuk anak ketiga ni, barulah aku boleh mandi sendiri tanpa bantuan suami (sebenarnya, en.asben tengah sedap tido kat umah.  dia pun dah kepenatan.. nanti aku cite kisah sebenarnya)..

aku bersalin pada pukul 6.15pm pada 3.1.2013 di Hospital Az-Zahrah, baby gurl seberat 3.75kg (secara normal tau).. dalam 7.30pm misi dah tolak masuk wad, time tu aku tak sabar nak tengok cite drama TV3.. hehehhee... sebab lepas bersalin tadi, doktor dah bagi ubat kecut rahim, so aku makan b-complex & vitalea kul 9pm.. so, berbaloi la makan vitamin shaklee ni.. Vitamin yang sama aku makan semasa mengandung, dalam pantang dan sehinggalah sekarang.  Diantara produk yang aku guna dari dulu adalah :
- ESP
- B-complex
- Vitalea
- Vitamin C

Sebenarnya,ade lagi produk-produk lain yang aku guna... saja nak try.. bila dah makan, baru senang nak promote ke orang kan.. tapi serius, ESP is the best la... bukan sahaja bagi tenaga, yang penting kasik susu badan banyak n pekat.. memang berbaloi la.. 

Isnin, 1 Julai 2013

Kekal bertenaga dengan diet ramadhan

Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Oleh itu, pemilihan makanan berkhasiat ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian.
  1. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan tergolong jenis karbohidrat kompleks yang sukar dicerna, tapi diperlukan oleh tubuh untuk sistem metabolisme.Inilah yang membuat perut kenyang lebih lama.
  2. Makan makanan protein tinggi seperti daging dan ikan.Serat dan kandungan protein yang tinggi dalam daging boleh membuat perut lebih memerlukan waktu lama saat mencerna. Hasilnya, perut akan terasa kenyang hingga tengah hari. Omega 3 pada ikan baik untuk otak dan meningkatkan daya fikir, tanpa membuat perut cepat lapar.
  3. Makan perlahan-lahan. Kunyah makanan dengan lambat memberi kesan psikologi seolah-olah anda sudah makan dengan banyak. Seperti sunnah Rasulullah makan dengan 44 kali kunyah sebelum telan. Dapat pahala.
  4. Minum air dengan banyak. Pastikan badan anda mendapat jumlah air mencukupi iaitu 3-4 liter dari berbuka hingga ke bersahur. Soya adalah pilihan yang baik keranan minuman ini kaya protein dan serat. Baik untuk membuat perut terasa kenyang lebih lama, ia juga diperlukan oleh tubuhuntuk tenaga ketika melakukan aktiviti.
  5. Elakkan daripada mengambil garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretic – bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa. 
Sebelum waktu sahur berakhir, anda digalakkan mengambil buah tamar atau kurma kerana ia merupakan makanan penuh khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan anda seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Malah ia merupakan sunnah Nabi ketika berpuasa. Dapat pahala lagi.

Lewat bangun sahur? Masa sahur tinggal 10 minit? 5 minit?
Malas bangun makan bersahur di akhir ramadhan??
Anak anda belajar di Asrama? Kolej? Universiti?. Tahukah anda kebanyakan pelajar tidak bersahur?

PENYELESAIANNYA HANYA SEGELAS CAMPURAN SHAKLEE ESP+MEALSHAKE+PERFORMANCE UNTUK TENAGA BERTERUSAN.



ESP Soy protein Isolate Powder merupakan minuman rendah lemak, bukan GMO secara biologinya mempunyai kandungan protein yang lengkap dengan kandungan 9 asid amino perlu dan 14 gram protein soya sihat bagi sertiap hidangan. Di samping rasanya yang enak ia juga dapat memberikan tenaga pada tubuh dan protein soya
yang berkualiti tinggi.








Meal Shakes memberikan 19 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh, dan ia amat perlu bagi proses tumbesaran dan mengekalkan kesihatan.





Minuman Performance mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LIYTE dengan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk 
menyokong perhidratan optimal.

Selasa, 25 Jun 2013

Tips dapat anak

Seorang kawan bercerita tentang kos penjagaan kucing yang tinggi melibatkan penjagaan kesihatan dan pemakanan. kos ini menyamai kos penjagaan anak. isterinya seorang yang begitu sayangkan kucing dan memang sunnah rasulullah sayangkan kucing. terkenang nasib kawan ini yang masih tidak mempunyai anak walaupun setelah 5 tahun perkahwinan. sunyinya sang isteri.4 org rakan sekerja mempunyai masalah yang sama, teringat jugak masa diri sendiri setahun selepas perkahwinan, masih tidak mempunyai tanda-tanda cahaya mata dan pelbagai tips diterima oleh kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan. walaupun berunsur nakal tapi diterima dgn hati terbuka dan alhamdulillah success, cuma tak pasti yg mana satu berkesan. jadi saya kongsikan tips dapat anak untuk semua samada fakta atau auta yang pernah di terima, dengan harapan dipraktikkan untuk keseronokan dan kebahagiaan masa depan.

Tips Dapat Anak
1. Kerap melakukan kelamin
  • melakukan hubungan seks semasa waktu subur.
  • pelbagaikan posisi semasa ejakulasi.dikatakan paling berkesan, letakkan bantal bawah punggung isteri.
  • selepas melakukan seks, biarkan air mani dalam faraj selama sekurang-kurangnya 10 minit
2. Menjaga berat badan. Berat badan ideal adalah mengikut perkiraan BMI (Body Mass Indeks) antara 18-21.

3. Kurangkan stres. Stres atau kemurungan adalah satu penyakit psikologi yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit tubuh badan

4. Amalkan makanan seimbang atau makanan kesuburan seperti
  • air, teh hijau
  • sayuran seperti bayam, sayuran bewarna kuning/oren, kobis, lomsk merah, brokoli, kacang peas, keledek merah.
  • buah-buahan seperti betik, jambu batu, buah naga, perahan limau nipis/kasturi.
  • daging, ayam, ikan telur dan sumber tenusu
  • biji-bijiran seperti almond.
  • tiram
  • tofu dan soya
Mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, dimana kesahihan daripada sudut perubatan moden belum terbukti.

 5. Pengambilan suplemen bervitamin tinggi untuk meningkatkan kesuburan. Set vitamin yang dicadangkan :
  • B-Complex
  • Vitalea
  • Vitamin C
  • Ostematrix

  • GLA
-         Seimbangkan hormon wanita
-         Menghalang pertumbuhan sel tumor dan  kanser

  • Alfalfa
-         Detox darah, hati,usus - supaya menyerapan vitamin dapat dilakukan sepenuhnya
-         Sebagai kacip fatimah

  • Vitamin E
-          Mempertingktkan kemampuan reproduktif
-          Antioksida yang kuat untuk membersihkan radikal bebas yg merosakkan sel &  melindungi sperma
-          Memperbarui sel-sel (hilang parut2 hitam, bekas jahitan pembedahan, etc)

  • ESP
-          Mengandungi isoflavine, penting untuk hormon wanita

-          Mengandungi 9 asid amino yg penting