Duta produk Shakleeku

Keluargaku menggunakan hampir semua produk Shaklee sebelum betul-betul berminat menjadi Shaklee Distributor. Kami adalah testimonial hidup tentang keberkesanan produk Shaklee.

Promosi Bulan Ini

Berminat? Hubungi saya, Yuhaniz Baidzawi Shaklee Distributor ID:889137, call/whatsApp/sms 013-2044074.

Halal: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Hijau

3 konsep yang ditekankan dalam Shaklee. Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Pertubuhan Islam Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Vivix

Anti-penuaan yang merupakan penemuan terhebat Shaklee. Hanya terdapat di Shaklee.

CANTIK BERSERI

Banyakkanlah ibadah dan pahala anda dalam bulan Ramadhan ini tanpa alasan kepenatan. Kekalkan tenaga dan prestasi kerja anda dalam bulan puasa ini.

Memaparkan catatan dengan label tips dapat anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips dapat anak. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2013

CARA MENGURUSKAN URI BAYI


Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

~ Cara menguruskan uri:

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbuslah ia.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


sumber : https://www.facebook.com/LazatnyaSusuIbu?ref=stream

Isnin, 1 Julai 2013

GLA

GLA, promosi bulan Julai 2013.. Di antara kebaikannya :
- menstabilkan hormon wanita
- mengurangkan 'period pain'
- kulit jadi bertambah cantik
- membantu mengecilkan cyst
- membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

Selasa, 25 Jun 2013

Tips dapat anak

Seorang kawan bercerita tentang kos penjagaan kucing yang tinggi melibatkan penjagaan kesihatan dan pemakanan. kos ini menyamai kos penjagaan anak. isterinya seorang yang begitu sayangkan kucing dan memang sunnah rasulullah sayangkan kucing. terkenang nasib kawan ini yang masih tidak mempunyai anak walaupun setelah 5 tahun perkahwinan. sunyinya sang isteri.4 org rakan sekerja mempunyai masalah yang sama, teringat jugak masa diri sendiri setahun selepas perkahwinan, masih tidak mempunyai tanda-tanda cahaya mata dan pelbagai tips diterima oleh kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan. walaupun berunsur nakal tapi diterima dgn hati terbuka dan alhamdulillah success, cuma tak pasti yg mana satu berkesan. jadi saya kongsikan tips dapat anak untuk semua samada fakta atau auta yang pernah di terima, dengan harapan dipraktikkan untuk keseronokan dan kebahagiaan masa depan.

Tips Dapat Anak
1. Kerap melakukan kelamin
  • melakukan hubungan seks semasa waktu subur.
  • pelbagaikan posisi semasa ejakulasi.dikatakan paling berkesan, letakkan bantal bawah punggung isteri.
  • selepas melakukan seks, biarkan air mani dalam faraj selama sekurang-kurangnya 10 minit
2. Menjaga berat badan. Berat badan ideal adalah mengikut perkiraan BMI (Body Mass Indeks) antara 18-21.

3. Kurangkan stres. Stres atau kemurungan adalah satu penyakit psikologi yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit tubuh badan

4. Amalkan makanan seimbang atau makanan kesuburan seperti
  • air, teh hijau
  • sayuran seperti bayam, sayuran bewarna kuning/oren, kobis, lomsk merah, brokoli, kacang peas, keledek merah.
  • buah-buahan seperti betik, jambu batu, buah naga, perahan limau nipis/kasturi.
  • daging, ayam, ikan telur dan sumber tenusu
  • biji-bijiran seperti almond.
  • tiram
  • tofu dan soya
Mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, dimana kesahihan daripada sudut perubatan moden belum terbukti.

 5. Pengambilan suplemen bervitamin tinggi untuk meningkatkan kesuburan. Set vitamin yang dicadangkan :
  • B-Complex
  • Vitalea
  • Vitamin C
  • Ostematrix

  • GLA
-         Seimbangkan hormon wanita
-         Menghalang pertumbuhan sel tumor dan  kanser

  • Alfalfa
-         Detox darah, hati,usus - supaya menyerapan vitamin dapat dilakukan sepenuhnya
-         Sebagai kacip fatimah

  • Vitamin E
-          Mempertingktkan kemampuan reproduktif
-          Antioksida yang kuat untuk membersihkan radikal bebas yg merosakkan sel &  melindungi sperma
-          Memperbarui sel-sel (hilang parut2 hitam, bekas jahitan pembedahan, etc)

  • ESP
-          Mengandungi isoflavine, penting untuk hormon wanita

-          Mengandungi 9 asid amino yg penting