Duta produk Shakleeku

Keluargaku menggunakan hampir semua produk Shaklee sebelum betul-betul berminat menjadi Shaklee Distributor. Kami adalah testimonial hidup tentang keberkesanan produk Shaklee.

Promosi Bulan Ini

Berminat? Hubungi saya, Yuhaniz Baidzawi Shaklee Distributor ID:889137, call/whatsApp/sms 013-2044074.

Halal: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Hijau

3 konsep yang ditekankan dalam Shaklee. Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Pertubuhan Islam Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Vivix

Anti-penuaan yang merupakan penemuan terhebat Shaklee. Hanya terdapat di Shaklee.

CANTIK BERSERI

Banyakkanlah ibadah dan pahala anda dalam bulan Ramadhan ini tanpa alasan kepenatan. Kekalkan tenaga dan prestasi kerja anda dalam bulan puasa ini.

Isnin, 30 September 2013

Panadol tiruan???

Salam info terkini, kawan atas kawan keje bahagian kdnk. Jangan beli panadol yang belakang dia cop merah. Yang tulen hanya cop bwarna biru. Yang jual di  kedai runcit semua  warna merah, antara kandungan panadol tiruan ini. - paracetamol overdos, bedak sejuk, tepung gandum dan tepung2 lain.
Kalu tgk pun biru ada bar code..
-----------------------------
Nak update pasal Panadol tadi. Dah confirm dengan GSK. Dua2 adalah tulen, merah yang lama, biru yang baru. Yang biru start keluar setahun yg lepas (tahun 2012). Last batch yang merah tu tahun 2011, so GSK kata panadol exp date dlm 5 tahun. Jadi masih ada yg lama di pasaran.
GSK sedang bercadang nak keluarkan statement dalam media berkaitan isu ni bila kita usulkan perkara ni. Harap maklumat ni membantu semua pegawai dlm menyampaikan maklumat kpd semua - sharing is caring 

Tu semua, hasil info dari kenkawan.. tak tahu betul ke tak, sebab macam tak logik kalu pencetak rompak ni wat kaler lain-lain.. satu kaler merah n kaler biru.. kalu satu tu tak de bar kod, lain la... tak la obvious sangat kan.. hmm.. Atas korang la menilai macamana.. 

Bagi aku, selagi boleh memang aku tak telan panadol ni.. Baik ambil B-Complex kan.. hehehehee... lagi best :)

Shaklee tak berkesan??

Betul ke tak berkesan, tak serasi dengan badan?? Cuba u jawab dengan jujur, iye ke tak soalan-soalan ni :

           1.       Minum air putih yang banyak

-          secara puratanya, untuk setiap 25kg, 1liter air diperlukan... contoh berat u 78.5kg, so u kene minum lebih dari 3liter air putih.

2.       Konsisten dan mengikut dos yang betul

-          Makan setiap hari, ikut masa yang ditetapkan dan dos yang betul.. bukan makan 3kali dalam seminggu tau, pastu sebiji jek (tak ikut dos).. konon-konon nak jimat la kan... tak pe la, hasilnya pun ‘jimat’ aje laa... hehhehee... minum air pun kene konsisten tau!!!

3.       Mengamalkan pemakanan yang sihat

-          Kalu u makan shaklee untuk kurus, tapi duk bantai MekDi, ayam goreng, apekehalnya nak dapat result cepat?? Huishh.. babap kang...


Tu, soalan wajib sebagai SID akan tanya u... if kesemua tu u jawab Ya, so in sya Allah u akan dapat resultnyer nanti... banyak2 sabar k..sebab maybe badan u ada banyak toksin, badan takleh nak absorb khasiat supplement ni..

Ada juga yang jadi gatal -gatal badan, keluar jerawat hitam yang besar gedabab,  sembelit, tu seme healing crisis ye.. Healing crisis,  saya dah ulas sebelum ni..  if healing crisis teruk sangat,  option yang u boleh buat :
- u boleh stop sekejap mkn supplement tu, or
- Banyakkan minum air masak,  tambah 1 liter lagi, or
- kurangkan dos supplement tu, or
- Try supplement yang lain lak.. 

Sesape yang try vitamin E contohnya, kuar jerawat batu dengan banyak...  so,  ape kate try esp or gla la untuk dapatkan kulit yang cantik.. harga pun, lebih kurang je kan.. 

Shaklee ni supplement, bukan ubat.. ambil masa nak dapat kesan yang optimum.. So diharapkan banyak-banyak bersabar ye..  Ape-ape pun,  u bley tanya I untuk free consultation... 

Rabu, 25 September 2013

Pengkalan Chepa, here I come....

Hehehhe... Baru sampai pengkalan chepa ni, esok ada briefing...  Hmm... Agak -agak apa yang best untuk dibuat malam ni??? Wakaf Che Yeh??? Semestinya...  Tapi tu pun kalu ada orang yang nak bawakkan la...

Lepas briefing esok, nak balik ganu jap... Yeay!!!  Tapi kalu singgah branch shaklee sini kan best,  bley a melawat -lawat alam... Hhewhhehee...  Ade sesape mak tambah order???

Khamis, 19 September 2013

Shaklee penyumbang kepada Israel???

Hmm.. korang pernah terjumpa isu ni, Shaklee penyumbang kepada Israel??? Hmm... meh aku cite sikit-sikit deh...

Kenneth Israel (KI) adalah tempat ibadah ortodoks Israel yang ditubuhkan pada 1903 di South-of-Market, San Francisco.  Sebenarnya ada sejarah lagi lama dari tu, tapi aku ulas yang kat US aje la J Kemudian, mereka berpindah beberapa kali tetapi masih area San Francisco.. dah nama rumah ibadat, so for sure ada kelas-kelas agama kan...  pengikut-pengikut mereka terdiri dari pelbagai golongan..

So berbalik pada isu asal yang Shaklee penyumbang kepada Israel sebenarnya, ada pengikut KI (Roz Fishman n David Miller ) ini merupakan pengedar Shaklee.. so mereka menyumbang keuntungan mereka (hasil pembelian daripada customer diorang) kepada KI ni.. itu je isu nyer.. "Everytime you order, KI will earn real dollars”  So, maksud ‘Order’ tu, order ngan diorang tau, bukan order dengan Shaklee..Sumber :  http://kic.myshaklee.com/us/en/about.html


Kitaorang nyer leader dah face-to-face ngan management Shaklee, mereka dah pun sahkan ianya Shaklee Independet Distributor bukan Syarikat Shaklee itu sendiri.  Katakan i dapat RM 20k daripada Shaklee, n i nak dermakan RM19,999 kepada Masjid A di Terengganu, Shaklee takleh halang.. sebab tu dah jadi duit i kan???  Haa... macam tu la dengan kes ni...

So, harap-harap uols dah faham la isu ni ye...  Shaklee tidak terlibat secara langsung dalam sumbangan Israel itu..  Jom reramai mengkayakan hidup diri sendiri dan menderma lebihan duit itu ke jalan yang benar... J



Rabu, 18 September 2013

Bayar PTPTN dari akaun KWSP

sape pernah ambil loan PTPTN?? berapa banyak anda hutang, dan berapa banyak yang anda bayar sekarang??? sedih tengok kan (bagi aku yang dah beberapa tahun tak bayar)... dolu-dolu time bujang ada la aku bayar sikit2... so ade lah berkurang jumlah PTPTN tu... tapi sekarang, mak aii...dah bertambah... tak leh jadi ni..nak kene setel ni...

sebelum ni aku ignore jek ptptipu ni...sebabnya,aku x leh tengok baki aku kat online (alasan tak cukup kuat kan)... so bila September 2013 ni nak habis,aku try la usaha nak tengok baki loan aku ade berapa...waaahhh banyak gak... pastu tengok dlm KWSP, eh, bley bayar lump-sum ni (after 20% diskaun by ptptipu..)..

aku usaha lagi, cari mana2 dokumen yang perlu, fotostate form perjanjian, etc... antara dokumen yang diperlukan (ni,aku refer pada website KWSP) :
1. Salinan Surat Perjanjian PTPTN --> ok, dah  photostate.. kalu korang dah hilang surat perjanjian tu, sediakan RM90 n bayar kat kaunter PTPTN, nanti diorang pos kat rumah (dalam masa 7 hari bekerja, tu pun kalu korang follow-up la).. RM90 hokey!!!
2. Penyata PTPTN --> err... rupenyer kena mintak ngan PTPTN, penyata online tu tak laku hokey!!!
3. Salinan IC -->alaaah..senang aje...
4. Penyata Bank -->aku pakai Maybank, alaaaa...senang sesangat..
5. Borang permohonan keluar wang KWSP --> ni ambil dari website KWSP
6. Transkrip Universiti
dah setel seme dokumen tu, mula la merangka alasan nak bagi ke bos untuk mintak time-off... 'eh,mudahnya... nape ramai yang komplen bagai2??'..  so aku pun tanye la kenkawan, camna nak wat lepas ni..diorang suggest aku tanya PTPTN, value hutang aku sekarang, sebab ramai yang gaduh penyata PTPTN online tu tak leh pakai..PTPTipu akan buat manual calculation, n hasilnya lagi tinggi dari online...

so, dengan bersemangat waja aku g la pejabat PTPTN kat KL Sentral tu... kul 8.27am,aku dah depan opis PTPTN..dah ade 2 orang beratur... 'err...nape diorang beratur?? kan awal pagi lagi, kaunter mesti banyak'... tu yang aku pikir..so aku tak beratur la...tepat 8.30am, pintu PTPTN dibuka, aku ambil nombor n tunggu nombor aku dipanggil... sementara tu, bley aku tambah duit dalam akaun SSPN anak-anak aku..

bila dah sampai kat kaunter, dia explain hutang aku tinggal RMxx, xxx.xx.. ok,aku bley accept lagi.. pastu aku sesaje gatal tanya camne nak bayar melalui KWSP.. 

'O... Puan kena isi Borang untuk dapatkan penyata dari PTPTN, kami akan hantar penyata tersebut ke rumah dalam masa 14hari...' 

'sekarang dah 16hb, so dapat dalam 30hb ke??'

'Tak puan, kami perlukan 14 hari bekerja. lepas bagi kat KWSP, makan masa dalam 2-3hari lagi untuk keluarkan cek.  Bila cek dah clear di PTPTN, baru dapat 20% diskaun.  so, puan memang tak sempat dapat diskaun tu...'

'Aii... i dah sampai kat sini, takkan U tak boleh bagi je penyata tu kat i??"

'Tak boleh puan, penyata hanya HQ sahaja boleh buat. Tu prosedur kami..kalu puan bagi penyata online pun, KWSP akan reject balik..'

aku dah hangin dah macam ni...tapi isi je lah form tu...hangin jek..pastu gi la tambah duit ke SSPN anak-anak.. check punya check, ada rm20 je dalam account (masa mula-mula buka account, rm20 jek masuk) sedangkan dah tolak gaji dah.. tapi tolak gaji husband kan,so tak pe la, aku refer husband aa dulu... pastu tanya, 'berapa dividen PTPTN bagi??'.... akak tu cakap, 'Tahun lepas, dividen adalah 4.5%'... loh, 4.5% jek?? baik masuk dalam Tabung Haji... aku buat muka lagi!!!

aku dah kuar opis PTPTN tu...pastu terpikir, takkan aku nak balik ngan tangan kosong?? kol member aku,diorang suh aku tanya lagi, tengok pengiraan diorang tu betul ke tak... so,aku masuk lagi, ambil nombor lagi...so kali, aku kena kat kaunter 2 pulak..

'saya nak dapatkan penyata PTPTN, nak bayar cash!! boleh dapat sekarang??'... orang tengah angin, so aku cakap berlagak aa..ahhahahaaa...

'Boleh Puan, boleh isi form ini dan tunjuk kat kaunter 11'

' Eh, tadi cakap kene tunggu 14hari bekerja??'

'err, sape cakap macam tu ye??'

'Tu, yang pakai tudung kaler pink tu'

'Puan nak penyata untuk bayat cash or KWSP?? kalu KWSP, memang ambil masa 7-14hari bekerja.. kalu penyata untuk bayar cash, dalam masa 10minit dah siap da'..

'Aii..aku dah ade kat sini, takkan korang tak leh bagi penyata tu.. value die berubah ke??

' Tak berubah.. tapi itu prosedur kami. Kami tak boleh buat apa-apa..'..

'Huh, nak suh orang bayar sangat, tapi nak mintak penyata tu saje makan masa 14hari.. ade ke patut!!!'

so,aku isi form tu lagi, n gi mintak penyata untuk bayar cash... hangin jek.. nampak gaya, tak dapat la 20% diskaun tu...

kalu ikutkan, ade lagi la yang aku argue ngan diorang..tapi malas aa nak cite panjang2... ni rasa cam malas nak bayar nih... :(

Selasa, 10 September 2013

Kepentingan minum air yang banyak

'akak,  tak sempat aa nak minum air,  3 liter lak tu.  Nanti selalu gi toilet...  Malas aaa....  '
Pernah tak korang cakap cenggitu??  Meh sini nak habaq mai,  adik kene minum air banyak2 dik,  baru la sihat...  Hari adik makan apa???  nasi lemak n teh tarik???  Ce imagine yang pinggan nasi lemak tu sebagai perut adik...  Lepas seme nasi dah makan,  mesti ada sisa- sisa sambal kan... Pastu adik jirus ngan air teh... Pinggan bertambah bersih ke???
Pastu lunch pulak ngan gulai ayam n sayur goreng n air milo lak... Agak -agak 'pinggan' tadi jadi makin bersih ke??? Tu la yang terjadi dalam perut kita selama bertahun- tahun ni...  sebab tu kene minum air masak bebanyak..  Baru a bersih perut kite...  
Seeloknya sekai sekala kasi bersih perut tu...  Tapi takkan adik nak minum clorox kan....  Jangan!!!  Akak tak suggest cenggitu tau... Kang lain jadinyer nanti.....
So,  detoks la ngan dtx ke,  alfalfa ke,  herbalax ke,  ape ke....  Barulah bersih perut kite tu...  sebab tu pentingnya minum air masak...  So kekotoran seme keluar melalui air kencing,  air peluh,  etc... Untuk mummy-mummy lak jangan risau..  Alfalfa Shaklee selamat untuk ibu yang menyusu ( bagi ibu yang sihat la.  Bagi ibu yang special case or alergy,  mungkin tak boleh makan alfalfa ni) ... Tu pun,  kalu uols makan ikut dose yang sesuai..  ye a..  Kan ada orang yang tinggi n kurus,  ada yang 'badan sedap dipeluk ', ada badan yang comel-comel n ada badan yang macam model..  So penerimaan setiap orang adalah berbeza....
Takut perut buncit sebab minum air masak??? Mana u nak,  buncit air or buncit lemak???  Kalu buncit ada baby tak termasuk ye....  Hehehehe...  Kalu buncit air ni,  sekejap je... Jangan la minum ais... Kan elok minum air suam...  Hehehehee..  Ada faham adik manissss???  ;-)

Isnin, 9 September 2013

Darah tinggi

Hmm.. Muda-muda da sakit darah tinggi.. Apa taknyer, sekali minyak naik harga, mula la pening camne nak kawal belanja.. Tu tak termasuk perangai anak2 yang bermacam ragam tu..
Tak pe, meh try Shaklee untuk reduce stress n darah tinggi.. Jangan bimbang, consultation saya adalah percuma ;-)

Ahad, 8 September 2013

Kuih raya

Misi untuk habiskan bahan-bahan kuih raya..hehehehe.. So kuih hari ini adlah biskut jagung n chocolate cookies ala-ala famous amos gitu..

2kali bakar biskut jagung, anak-anak yang habiskan.."hmm, sedapla kuih mama buat" bangga kejap :-D

Tapi tahap kesabaran yang menipis, last kuih jagung x de rupe langsung jagung..hahhaha.. Next week nak wat biskut apa pulak yek.. Hmm...