Duta produk Shakleeku

Keluargaku menggunakan hampir semua produk Shaklee sebelum betul-betul berminat menjadi Shaklee Distributor. Kami adalah testimonial hidup tentang keberkesanan produk Shaklee.

Promosi Bulan Ini

Berminat? Hubungi saya, Yuhaniz Baidzawi Shaklee Distributor ID:889137, call/whatsApp/sms 013-2044074.

Halal: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Hijau

3 konsep yang ditekankan dalam Shaklee. Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Pertubuhan Islam Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Vivix

Anti-penuaan yang merupakan penemuan terhebat Shaklee. Hanya terdapat di Shaklee.

CANTIK BERSERI

Banyakkanlah ibadah dan pahala anda dalam bulan Ramadhan ini tanpa alasan kepenatan. Kekalkan tenaga dan prestasi kerja anda dalam bulan puasa ini.

Isnin, 21 April 2014

Testimoni alfalfa n esp

Haa... Ni antara customer i yang amat puas hati dengan alfalfa dan ESP Shaklee.. Antara komen beliau :
'susu badan dah makin bertambah, dari 8oz sehari bley dapat sehingga 20oz sehari'
'baby pun minum susu 3x je sehari, mungkin sebab susu pekat kut..'
'bila minum ESP masa bekpes, perut tak rasa lapar pun.. Kalu tak, kul 10am nak kene cari nasi dah'
'memang puas hati la ngan ESP n alfalfa ni'

Alhamduliah, Allah membuka pintu hatinya untuk cuba Shaklee dan mendapat rezeki sedemikian.. Saya hanya share kelebihan produk Shaklee, tapi Allah yang yang Pemberi rezeki.. :-)


Khamis, 17 April 2014

Adakah kita tergolong dalam 3L??


1. Lambat/lewat solat
' ala, baru azan zohor, awal lagi.. Kul 330pm la solat.. Sempat lagi kan'

2. Laju dalam pergerakan n bacaan
' aii, dah siap solat?? Mama tak habis lagi basuh beras ni, mamat dah siap solat? Solat ape macam ni?'

3. Lalai dalam solat
'Allahu akbar.. Hmm.. Mane aku letak kunci kereta tadi aa?? Ala, proposal semalam tak siap lagi.. Eh, dah rakaat berapa da ni?'

Ahad, 13 April 2014

7 perkara elak anak degil.

Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila sesaorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia melakukan. Atau membuat apa yang kita tidak mahu dia melakukan.
Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu itu. Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.
Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar itu. Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina PERHUBUNGAN rapat atau 'rapport'. Bila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.
Di dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; "Resistance is an indication of a lack of rapport" (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat, rapport."
Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat 'rapport' dengan anak anda terjejas?

Namun, Ibu beri 9 perkara besar;
1- Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'Closed Heart'. ini banyak berlaku kepada remaja.
2- Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.
3- Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.
4-Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.
5-Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. (Ibu ada satu video yang Ibu nak tunjuk mengenai perkara ini.) Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.
6- TERLAMPAU mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan.
7 - Tidak mempunyai ILMU dan SKIL berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata.
8 - Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa!
9- Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab HORMAT adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa!

Ingatlah kuncinya, ialah HUBUNGAN RAPAT. Bila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.
Semoga perkongsian Ibu ini membantu.

from :

Rabu, 9 April 2014

Kalsium oo kalsium



Meh wat calculation sikit ekk... Katakan sebotol air susu ni, harga rm 6.50.. Sebotol susu, adalah bersamaan 4 cawan dengan setiap cawan mengandungi 338mg kalsium..

Jumlah kalsium 338g x 4 = 1,352mg --> ok, orang dewasa memerlukan kira-kira 1,000mg kalsium dalam sehari.

Katakan minum susu kotak sebanyak 25 kotak (kos untuk sebulan)
= RM 6.50 x 25
= RM 162.50

untuk Ostermatrix pula :
- Sebotol mengandungi 120 biji, dengan harga RM 61 sebotol.
- Setiap tablet mengandungi 250mg kalsium, dimana setiap tablet kosnya adalah RM 0.51
- Dicadangkan untuk memakan 4 tablet ostematrix sebelum tidur 
= 250mg kalsium x 4 tablet
= 1000mg kalsium.

RM162.50 vs RM61, mana lagi murah??? hehhehheh...

Kalu ambil supplement kalsium, kena pastikan kandungannya mengandungi magnesium dan Vitamin D untuk memudahkan kalsium diserap sepenuhnya ke dalam tulang.  Sekiranya berlebihan kalsium di dalam badan, boleh menyebabkan batu karang terbentuk di dalam buah pinggang.

"Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukkan kalsium ddalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Kebanyakkan orang, mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup dalam magnesium."

(Burton Goldberg Group, Alternative Medicine : The Definitive Guide,  Future Medicine Publishing, Inc. WA, p 533)


Batu karang yang ditemui di dalam buah pinggang (sumber : klik sini)


7'C' isteri yang disukai suami


  1. CantikSentiasa berpakaian cantik n kemas terutama apabila suami balik rumah.
  2. Cinta - kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari isteri untuk suaminya.
  3. Cekap - cekap menguruskan rumah tangga, cekap menguruskan hal anak-anak
  4. Cuba - isteri cuba untuk membuat sendiri. Contoh: isteri cuba tukar tayar sendiri. Bila dah tak boleh sangat, baru minta tolong suami. Barulah suami hargai :-) 
  5. Cepat - suami ajak kuar jer, terus masuk dalam kereta. Bukannya masuk dalam bilik dan bersiap berejam.. Bila suami tegur untuk tegur baju, maksudnya suami faham isteri perlukan masa untuk berdandan.
  6. Cermat - isteri berjimat cermat dalam perbelanjaan, penggunaan barang-barang, bukannya buat kerja cincai.jek..
  7. Cerdik - isteri pandai menangani masalah yang dihadapi, boleh berborak mengenai isu semasa..


Analisis kesihatan tulang


Alhamdulillah selesai check kesihatan tulang, mata, glukos n tekanan darah.. Seme normal..
Analisis kesihatan tulang i tadi:
- 0.5, risiko rendah terhadap osteoporosis.
- Kene kekalkan kalsium, untuk mengelakkan osteoporosis 
- Minum 2 gelas susu, bersama dengan tablet kalsium
- Kena amalkan bersenam, 3x dalam seminggu
- Kafein boleh minum maksimum 2 cawan sahaja sehari. Kafein mengganggu penyerapan kalsium..
- Lakukan pemeriksaan tulang sekali dalam setahun.
Haa... Elok sangat la tu.. Promosi ostematrix bulan ni, memang kene ambil 1 set laa.. Cukup untuk 7 bulan.

Selasa, 8 April 2014

7 'C' ISTERI YANG TIDAK DISUKAI SUAMI (dari Dr Fadillah Kamsah)

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...
anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

CABAR, CABUL, CELUPAR, semua tu asal dari percakapan.. so para isteri, jaga percakapan dengan suami ye...


7'C' yang disukai suami??? tunggu, nanti i share 

Isnin, 7 April 2014

shopping shaklee

Nak tahu rege produk Shaklee??  Meh main klik-klik.. Anda hanya perlu masukkan kuantiti produk yang dikehendaki, biar Excel yang tolong kira budget anda...

http://goo.gl/OU6XRH

Inginkan harga lebih murah?? Jom join jadi ahli Shaklee... hanya RM65 untuk daftar menjadi ahli, tidak termasuk rm10 postage untuk Semenanjung Malaysia atau RM20 untuk Sabah/Sarawak.  Potongan sehingga 20% untuk semua produk, tidak termasuk pelbagai kelebihan-kelebihan yang lain (cash, car, convention).  

Khamis, 3 April 2014

Surah al-ikhlas

Tazkirah di pagi yg mulia ini. 2-3 minit sahaja utk selesai membacanya. InsyaAllah.


DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS... Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini... 

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, ”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, 
sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
 ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, 
LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 
WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s". 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".


Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah. Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (HR Qurthuby).


SubhanAllah.... Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu. Saudaraku..
. TOLONG SAMPAIKAN. Sabda Rasulullah SAW, "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

Rabu, 2 April 2014

Perineum Massage

INFO INI HANYA UNTUK PARA IBU YANG INGIN MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR UNTUK BERSALIN. Anggap ini sebagai ilmu ye.


Ada member yang mengamalkan perineum massage ni sebelum bersalin.  Saya sendiri belum pernah buat, tapi dengar citenyer menjadi.  Bukaan jadi cepat dan tak sakit, sekajap je bukaan dah jadi 8cm.

Ibu jari mengurut di bahagian dalam, buat perlahan-lahan dan urutan 'U'.  Mula-mula tu otot terasa keras, tapi lama-lama akan jadi lembut.  Bila bukaan menjadi besar, memudahkan bayi keluar, so koyakan disitu tidak terlalu besar.  Doktor pun tak perlu gunting.. Massage  ni boleh dilakukan ketika kandungan berusia 34minggu.

So, camne nak buat?? Ni step die. Sila  pastikan kuku dipotong pendek, tangan telah dicuci bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman.   :


  • Sit in a semi-reclined position in a warm, comfortable area, with your knees bent and your legs apart. Lubricate your fingers, thumbs, and perineal area with vitamin E oil (from punctured vitamin E capsules), pure vegetable oil, or personal lubricant. Don't use baby oil, mineral oil, or petroleum jelly.
  • Place your thumbs about 1 to 1 1/2 inches (to or just past your first knuckle) inside your vagina. Press down toward the rectum and toward the sides at the same time. Gently and firmly continue stretching until you feel a slight burn or tingling.
  • Hold this stretch for about two minutes.
  • Now slowly and gently massage the lower part of the vagina back and forth, hooking your thumbs onto the sides of your vagina and gently pulling the tissue forward, as your baby's head will do during delivery. Keep this up for three to four minutes.
  • Finally, massage the tissue between the thumb and forefinger back and forth for about a minute.
  • Be gentle -- a vigorous touch could cause bruising or swelling. During the massage, avoid pressure on the urethra (urinary opening) as this can lead to irritation or infection.



  • sumber : klik sini


    Selasa, 1 April 2014

    LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!


    Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


    Waktu Subuh
    Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

    Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

    Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


    Waktu Zuhur
    Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


    Waktu Asar
    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!


    Waktu Maghrib
    Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


    Waktu Isyak
    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

    Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

    Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

    Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

    - copy-paste