Khamis, 10 Julai 2014

Yakin Rezeki daripada Allah

Rakan2 Kuntau sekalian...ringkasan Tazkirah Terawih mlm ni..12 Ramadhan

Tajuk : Rezeki.
1. Yakini bahawa rezeki Allah yang bagi. Rezeki yg berkat di dunia dan dapat menjamin kebahagian kita di akhirat kelak.
Utk kita mendpt rezeki dari Allah...kita wajib utamakan  Allah melebihi yg lain.
Contoh...apabila azan solat dilaungkan..apa reaksi kita. Mahu terus bangun mengambil wuduq atau teruskan kerja2 kita???
Tenaga, idea dan akal fikiran yg kita gunakan utk buat kerja2 itu...juga adalah rezeki yg Allah berikan kpd kita. Maka mana mungkin kita engkar kpd Nya ketikamana Dia memanggil kita utk solat hatta utk mengingatiNya.

2. Benar kita diminta utk mencari rezeki tetapi rezeki juga boleh dijemput atau dipanggil datang kpd kita.
Bagaimana?? Dgn cara bersedekah atau berwaqaf.
Nabi SAW memberi jaminan bahawa apa yg kita beri (sedekah), Allah akan balas balik kpd kita. What u give..u will get back.
Kalau di bulan lain...1 sedekah yg kita beri, Allah balas 10 ganda.
Tp di bulan Ramadhan ini...Allah gandakan sbyk 700 kali ganda.
Kita seringkali ragu2 dgn apa yang mahu kita sedekahkan.
"Wang aku sedikit...tak mampu nak beri sedekah". Nilai sedekah tidak penting..tapi niat dan tindakan kita adalah lebih utama.
Bersedekah lah....

3. Rezeki tidak semestinya wang ringgit...RM.
Tapi rezeki boleh di dlm pelbagai bentuk...kesihatan, keselamatan, kebahagian, kegembiraan, keluarga yg bhgia, dll.
Jika ada wang atau harta yg byk sekali pun ttp tdk dimanfaatkan...maka itu bukan lah rezeki yg sempurna...bukan milik kita sebenarnya.
Rezeki kita adalah apa yg kita guna...apa yg kita makan...dan apa yg kita beri (sedekah). Selebihnya...ia bukan milik kita.

4. Pintu rezeki..antaranya ialah rajin beristigfar, selalu bersedekah dan solat berjemaah di surau.
Allah buka pintu rezeki kpd hambaNya yg rajin lakukan perkara di atas.

Akhirkata...mari lah kita tingkatkan ke imanan kita kpd Pencipta kita...Allah SWT.

Kalau kita rasa susah nak solat...susah nak pergi surau berjemaah...maka sekarang lah masanya utk kita berlatih.

Minta lah kpd Allah.
Merayu lah kpd Allah.
Menangis lah kpd Allah.
Ketuk lah pintu hati kita di hadapan Allah.

Minta Allah beri kelembutan ke dlm hati kita utk beriman kpd Nya. Utk beribadah kpdNya. Utk rajin solat. Mahu berjemaah di surau.

Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Pengasih.
Allah Maha Memberi.

Ini Bulan Mulia..Bulan Ramadhan. Bulan kasih sayang dari Allah kpd kita..hambaNya.

Berdoa lah....berdoa lah...berdoa lah...kpd Allah SWT.

Amin Ya Rabballalamin.
InsyaAllah. 

0 ulasan:

Catat Ulasan