Duta produk Shakleeku

Keluargaku menggunakan hampir semua produk Shaklee sebelum betul-betul berminat menjadi Shaklee Distributor. Kami adalah testimonial hidup tentang keberkesanan produk Shaklee.

Promosi Bulan Ini

Berminat? Hubungi saya, Yuhaniz Baidzawi Shaklee Distributor ID:889137, call/whatsApp/sms 013-2044074.

Halal: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Hijau

3 konsep yang ditekankan dalam Shaklee. Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Pertubuhan Islam Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Vivix

Anti-penuaan yang merupakan penemuan terhebat Shaklee. Hanya terdapat di Shaklee.

CANTIK BERSERI

Banyakkanlah ibadah dan pahala anda dalam bulan Ramadhan ini tanpa alasan kepenatan. Kekalkan tenaga dan prestasi kerja anda dalam bulan puasa ini.

Ahad, 21 Julai 2013

Diabetes,Hipertensi dan Obesiti: Pandemik Era Baru.

Penyakit era baru akibat kemewahan hidup kini.
Diabetes, hipertensi dan obesiti kini dikategorikan sebagai pandemik global dalam kategori penyakit tidak berjangkit (NCD).

Jom baca artikel Berita Harian 20/7/2013.

Rakyat Malaysia hadapi krisis serius penyakit tidak berjangkit

KUALA BESUT: Rakyat Malaysia akan menghadapi bahaya kematian akibat penyakit tidak berjangkit (NCD) yang serius sekiranya tidak mengamalkan cara hidup sihat ekoran kemewahan hidup kini. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata NCD kini dianggap sebagai satu pandemik di peringkat global di negara-negara maju termasuk yang sedang membangun seperti Malaysia. 
Antara penyakit yang terangkum di bawah NCD ialah diabetes, hipertensi dan obesiti. 


Katanya, daripada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2008, dianggarkan 63 peratus daripada sebanyak 57 juta kematian akibat penyakit di seluruh dunia adalah kerana NCD. 

"Daripada jumlah itu pula Malaysia menduduki tempat yang ke-10 berdasarkan penyebab utama daripada kemasukan dan kematian akibat NCD di hospital-hospital Kementerian Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan Pakar Perubatan Bersama Komuniti Daerah Besut di Kampung Air Terjun di sini hari ini. 

Beliau berkata, kajian Kementerian Kesihatan juga mendapati akibat daripada kelalaian untuk mengamalkan hidup cara sihat dianggar 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengalami obesiti. 

Katanya, tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan (NHMS) pada tahun 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes di kalangan rakyat Malaysia meningkat kepada 15.2 peratus berbanding 11.6 peratus pada 2006. 
Manakala hipertensi di kalangan dewasa berumur 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada tahun 2006 kepada 32.7 peratus pada dua tahun lalu. 

"Prevalen obesiti pula turut meningkat sebanyak tiga kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 15.1 peratus pada tahun 2011 dan begitu juga prevalen merokok telah meningkat kepada 24.7 peratus (2011) berbanding 21.5 peratus pada 2006," katanya. 

Beliau memberitahu pada keseluruhannya faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit semakin meningkat di mana kini terdapat 2.8 juta rakyat dewasa menghidap diabetes, 5.8 juta (hipertensi), 6.2 juta mempunyai kolesterol tinggi dan 2.5 juta yang lain obesiti. 

Justeru beliau meminta rakyat supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan meninggalkan amalan merokok, pemakanan tidak sihat, kurang melakukan akitiviti fizikal dan tingkah laku dengan mendapatkan panduan dari Kementerian Kesihatan agar tidak mudah diserang NCD. 

Katanya, kementeriannya bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan RTM untuk menayangkan informasi Medik TV yang kini hanya ditayangkan di hospital-hospital. 

"Juga akan diadakan kerjasama dengan beberapa jabatan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan badan-badan lain yang mempunyai hubungan rapat dengan orang ramai," katanya. 

Mengenai kemudahan kesihatan di Terengganu, Dr Hilmi berkata Terengganu yang dulu pernah tergolong dalam kategori yang tahap kesihatannya rendah, kini maju ke hadapan dengan jumlah rakyatnya hidup sihat tanpa penyakit semakin meningkat. - BERNAMA

Khamis, 11 Julai 2013

Hilang sakit tulang belakang sebab czer


Selasa, 9 Julai 2013

Doa untuk bayi dalam kandungan

" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
       
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. 

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
       
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
       
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. "



Baby gemuk sebab supplement???

haaaaa.... isu hangat ni... ibu-ibu pasti tak nak bayi yang dikandung 'membesar dengan jayanya' kan.... biar besar di luar, jangan besar di dalam perut....

kalu ikutkan, berat anak pertama saya Aira Faqihah adalah 3.45kg, kemudian Adel Lutfil Hakeem adalah 3.95kg dan yang ke-tiga Dhia Fatima Az-Zahra adalah berat 3.74kg... semasa anak ke-dua, memang perut saya amat besar.... yang ketiga, agak besar jugak laa... ketiga-tiga anak saya dilahirkan normal, alhamdulillah.....

so, berbalik pada isu asal, saya dah tanya pada doktor pakar Hospital Az-Zahra (masa check-up Dhia), apa yang perlu saya buat untuk tak nak baby besar.. time tu, saya pregnancy 34minggu, baby dah 3.21kg..kalu ikutkan, berat badan saya tak bertambah pun setiap minggu, tapi berat baby naik +-200g... banyak tu....

beliau cakap (lupa la nama doktor tu apa), kalu si ibu tak makan seminggu pun, kalu saluran pemakanan untu baby tu besar, baby akan besar gak... tapi, faktor berikut boleh menyumbang tumbesaran baby:
- Genetik (rangka ahli keluarga yang besar).
- Pemakanan yang tidak seimbang.

so, akak-akak n adik-adik... jangan bimbang makan supplement ni ye.... bagus untuk baby n u sekali tau.... tapi kalu makan tak jaga, supplement tak makan, kesian kat baby... dapat zat lemak aje.... :)


Isnin, 8 Julai 2013

CARA MENGURUSKAN URI BAYI


Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

~ Cara menguruskan uri:

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbuslah ia.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


sumber : https://www.facebook.com/LazatnyaSusuIbu?ref=stream

Ahad, 7 Julai 2013

Shape-Up Programme

Ingin keliahatan langsing dengan cara yang sihat dan selamat? Ingin mendapatkan badan yang padat, tanpa menggeleber?? Shape-up programme adalah kaedah terbaik untuk anda yang terdiri daripada :
  1. Lechitin
  2. Herb-Lax
  3. Cinch Shake Mix
  4. Cinch Energy Tea Mix




Appreciation Hitea 0707

Majlis Appreciation Hitea yang berlangsung di Palacce of the Golden Horses amat meriah, dengan tema ala-ala fairy tale gitu... 


Diantara warga Jutawan yang hadir memeriahkan majlis... memang ramai, siap ada kena berdiri lagi (dewan muat 600orang).. tapi sayang, kene balik awal, si Adel 'buat perangai' la pulak...

Sempat lagi berposing... heheheheeee.... satu family pakai baju kaler pink gitu, jangan jeles :)

diantara isi yang dikongsi oleh Master-Master Jutawan :
- Jangan ada sebarang alasan untuk mahu berjaya (nak kene jaga anak la, sibuk la, tak de modal la).
- Asal dari jururawat, surirumah, jurutera dari syarikat gergasi kemudiannya fokus 100% kepada Shaklee.
- Anda buat, Anda dapat.