Rabu, 18 September 2013

Bayar PTPTN dari akaun KWSP

sape pernah ambil loan PTPTN?? berapa banyak anda hutang, dan berapa banyak yang anda bayar sekarang??? sedih tengok kan (bagi aku yang dah beberapa tahun tak bayar)... dolu-dolu time bujang ada la aku bayar sikit2... so ade lah berkurang jumlah PTPTN tu... tapi sekarang, mak aii...dah bertambah... tak leh jadi ni..nak kene setel ni...

sebelum ni aku ignore jek ptptipu ni...sebabnya,aku x leh tengok baki aku kat online (alasan tak cukup kuat kan)... so bila September 2013 ni nak habis,aku try la usaha nak tengok baki loan aku ade berapa...waaahhh banyak gak... pastu tengok dlm KWSP, eh, bley bayar lump-sum ni (after 20% diskaun by ptptipu..)..

aku usaha lagi, cari mana2 dokumen yang perlu, fotostate form perjanjian, etc... antara dokumen yang diperlukan (ni,aku refer pada website KWSP) :
1. Salinan Surat Perjanjian PTPTN --> ok, dah  photostate.. kalu korang dah hilang surat perjanjian tu, sediakan RM90 n bayar kat kaunter PTPTN, nanti diorang pos kat rumah (dalam masa 7 hari bekerja, tu pun kalu korang follow-up la).. RM90 hokey!!!
2. Penyata PTPTN --> err... rupenyer kena mintak ngan PTPTN, penyata online tu tak laku hokey!!!
3. Salinan IC -->alaaah..senang aje...
4. Penyata Bank -->aku pakai Maybank, alaaaa...senang sesangat..
5. Borang permohonan keluar wang KWSP --> ni ambil dari website KWSP
6. Transkrip Universiti
dah setel seme dokumen tu, mula la merangka alasan nak bagi ke bos untuk mintak time-off... 'eh,mudahnya... nape ramai yang komplen bagai2??'..  so aku pun tanye la kenkawan, camna nak wat lepas ni..diorang suggest aku tanya PTPTN, value hutang aku sekarang, sebab ramai yang gaduh penyata PTPTN online tu tak leh pakai..PTPTipu akan buat manual calculation, n hasilnya lagi tinggi dari online...

so, dengan bersemangat waja aku g la pejabat PTPTN kat KL Sentral tu... kul 8.27am,aku dah depan opis PTPTN..dah ade 2 orang beratur... 'err...nape diorang beratur?? kan awal pagi lagi, kaunter mesti banyak'... tu yang aku pikir..so aku tak beratur la...tepat 8.30am, pintu PTPTN dibuka, aku ambil nombor n tunggu nombor aku dipanggil... sementara tu, bley aku tambah duit dalam akaun SSPN anak-anak aku..

bila dah sampai kat kaunter, dia explain hutang aku tinggal RMxx, xxx.xx.. ok,aku bley accept lagi.. pastu aku sesaje gatal tanya camne nak bayar melalui KWSP.. 

'O... Puan kena isi Borang untuk dapatkan penyata dari PTPTN, kami akan hantar penyata tersebut ke rumah dalam masa 14hari...' 

'sekarang dah 16hb, so dapat dalam 30hb ke??'

'Tak puan, kami perlukan 14 hari bekerja. lepas bagi kat KWSP, makan masa dalam 2-3hari lagi untuk keluarkan cek.  Bila cek dah clear di PTPTN, baru dapat 20% diskaun.  so, puan memang tak sempat dapat diskaun tu...'

'Aii... i dah sampai kat sini, takkan U tak boleh bagi je penyata tu kat i??"

'Tak boleh puan, penyata hanya HQ sahaja boleh buat. Tu prosedur kami..kalu puan bagi penyata online pun, KWSP akan reject balik..'

aku dah hangin dah macam ni...tapi isi je lah form tu...hangin jek..pastu gi la tambah duit ke SSPN anak-anak.. check punya check, ada rm20 je dalam account (masa mula-mula buka account, rm20 jek masuk) sedangkan dah tolak gaji dah.. tapi tolak gaji husband kan,so tak pe la, aku refer husband aa dulu... pastu tanya, 'berapa dividen PTPTN bagi??'.... akak tu cakap, 'Tahun lepas, dividen adalah 4.5%'... loh, 4.5% jek?? baik masuk dalam Tabung Haji... aku buat muka lagi!!!

aku dah kuar opis PTPTN tu...pastu terpikir, takkan aku nak balik ngan tangan kosong?? kol member aku,diorang suh aku tanya lagi, tengok pengiraan diorang tu betul ke tak... so,aku masuk lagi, ambil nombor lagi...so kali, aku kena kat kaunter 2 pulak..

'saya nak dapatkan penyata PTPTN, nak bayar cash!! boleh dapat sekarang??'... orang tengah angin, so aku cakap berlagak aa..ahhahahaaa...

'Boleh Puan, boleh isi form ini dan tunjuk kat kaunter 11'

' Eh, tadi cakap kene tunggu 14hari bekerja??'

'err, sape cakap macam tu ye??'

'Tu, yang pakai tudung kaler pink tu'

'Puan nak penyata untuk bayat cash or KWSP?? kalu KWSP, memang ambil masa 7-14hari bekerja.. kalu penyata untuk bayar cash, dalam masa 10minit dah siap da'..

'Aii..aku dah ade kat sini, takkan korang tak leh bagi penyata tu.. value die berubah ke??

' Tak berubah.. tapi itu prosedur kami. Kami tak boleh buat apa-apa..'..

'Huh, nak suh orang bayar sangat, tapi nak mintak penyata tu saje makan masa 14hari.. ade ke patut!!!'

so,aku isi form tu lagi, n gi mintak penyata untuk bayar cash... hangin jek.. nampak gaya, tak dapat la 20% diskaun tu...

kalu ikutkan, ade lagi la yang aku argue ngan diorang..tapi malas aa nak cite panjang2... ni rasa cam malas nak bayar nih... :(

0 ulasan:

Catat Ulasan