Selasa, 25 Mac 2014

Placenta previa

Hmmm.. Pernah dengar placenta previa aka uri berada di bawah?? Ni mungkin  terjadi apabila kandungan dah masuk trimester ketiga tapi uri masih berada di bawah. 

Urut dengan tok bidan profesional pun tidak digalakkan, sebab mungkin boleh menyebabkan uri tertanggal dari dinding rahim, kemudian menyebabkan 'bleeding'.

Kalu doktor sahkan bahawa placenta previa type 1 or 2, in sya Allah masih boleh bersalin normal. Siibu kena berjaga-jaga, tidak melakukan kerja berat, etc. Tapi kalo placenta previa type III or IV, berkemungkinan kena ceaser sebab uri dah menutup laluan keluar secara normal.
Kalu masa scan 28-30weeks tu uri masih dibawah, doktor akan refer kepada doktor pakar O&G untuk pemantauan seterusnya.  So, doktor mungkin akan tahan siibu duduk dalam wad, untuk pemantauan seterusnya.  sekiranya uri masih dibawah, doktor akan mencadangkan supaya dilakukan pembedahan segera, bagi keselamatan siibu dan anak.

Kebiasaannya placenta previa ni disebabkan oleh
1) history of ceasarean section before
2) history of D &C before
3) history of retained placenta (uri melekat)
4) unknown causes

 
So,ape yang perlu dilakukan kalu uri berada di bawah?
- Siibu banyakkan berehat, jangan buat kerja berat (nak dukung anak pun, tengok saiz si anak. Kalu dah besar, tak digalakkan).
- Banyakkan berdoa dan sujud. Kedudukan sujud boleh menaikkan uri, in sya Allah.
- Mohon keampunan daripada suami,ibu bapa, ibu bapa mertua dan keluarga terdekat.  

Semoga dengan restu semua, dipermudahkan jalan untuk bersalin.

0 ulasan:

Catat Ulasan