Sabtu, 15 Mac 2014

Tipssebelum/semasa teambuilding

Alhamdulillah pagi ni mudah jek nak bangun,walaupun badan penat buat aktiviti lasak semalam.. Biasanya kalu teambuilding cenggini, lepas wat aktiviti lasak, esoknya bangun dah jadi macam ape jek.. Nak melangkah, sakit otot kaki, nak angkat tangan pun sakit... Allah nak tarik nikmat sihat kan...

Sedikit tips bagi mereka yang nak gi team building :
  1. Bawa minyak angin, in case malam2 perut masuk angin, lenguh-lenguh badan.
  2. Bawa coklat masa naik bukit, untuk ganti glukos dalam badan (tapi lebih baik bawa Performance Drink).
  3. Sebelum tido, buat senaman regangan badan, baru la badan tak sakit2.. Walau penat n sakit badan setara mana pun, solat macam biasa.. Sebab pergerakan solat tu sebenarnya seperti senaman rengangan badan.. 
  4. Jangan give-up untuk buat aktiviti lasak.. tu seme dalam fikiran jek..Masa jungle trekking tu, tengok la ketinggian pokok yang Allah kurniakan.. Kenali semut yang sebesar ibu jari, ulat gonggok yang panjangnye sejengkal, tapak kaki harimau or gajah, etc.. 


Benda nampak kecil, tapi sebenarnya amat membantu.. Enjoy the moments, sebab lepas ni entah bila la boleh jungle trekking/ aktiviti lasak macam ni lagi.. hehehhee... Jangan mengeluh or komplen bagai-bagai.. Nanti badan pun akan rasa lembik jek.. Set dalam fikiran:
-  sikit je lagi ni, aku boleh sampai ke hujung.. 
- Ya Allah, cantiknya ciptaan-Mu ini....
- Terima kasih Allah, aku masih bertenaga untuk membuat aktiviti lasak..
- Allah Maha Besar, cantiknya si A senyum... Bagusnya akhlak si A, solat tak tinggal pun.. Tak pegang-megang pun... 

oppss... terlebih sudah... hehehehe...



0 ulasan:

Catat Ulasan