Duta produk Shakleeku

Keluargaku menggunakan hampir semua produk Shaklee sebelum betul-betul berminat menjadi Shaklee Distributor. Kami adalah testimonial hidup tentang keberkesanan produk Shaklee.

Promosi Bulan Ini

Berminat? Hubungi saya, Yuhaniz Baidzawi Shaklee Distributor ID:889137, call/whatsApp/sms 013-2044074.

Halal: Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Hijau

3 konsep yang ditekankan dalam Shaklee. Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Pertubuhan Islam Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Vivix

Anti-penuaan yang merupakan penemuan terhebat Shaklee. Hanya terdapat di Shaklee.

CANTIK BERSERI

Banyakkanlah ibadah dan pahala anda dalam bulan Ramadhan ini tanpa alasan kepenatan. Kekalkan tenaga dan prestasi kerja anda dalam bulan puasa ini.

Isnin, 21 April 2014

Testimoni alfalfa n esp

Haa... Ni antara customer i yang amat puas hati dengan alfalfa dan ESP Shaklee.. Antara komen beliau :
'susu badan dah makin bertambah, dari 8oz sehari bley dapat sehingga 20oz sehari'
'baby pun minum susu 3x je sehari, mungkin sebab susu pekat kut..'
'bila minum ESP masa bekpes, perut tak rasa lapar pun.. Kalu tak, kul 10am nak kene cari nasi dah'
'memang puas hati la ngan ESP n alfalfa ni'

Alhamduliah, Allah membuka pintu hatinya untuk cuba Shaklee dan mendapat rezeki sedemikian.. Saya hanya share kelebihan produk Shaklee, tapi Allah yang yang Pemberi rezeki.. :-)


Khamis, 17 April 2014

Adakah kita tergolong dalam 3L??


1. Lambat/lewat solat
' ala, baru azan zohor, awal lagi.. Kul 330pm la solat.. Sempat lagi kan'

2. Laju dalam pergerakan n bacaan
' aii, dah siap solat?? Mama tak habis lagi basuh beras ni, mamat dah siap solat? Solat ape macam ni?'

3. Lalai dalam solat
'Allahu akbar.. Hmm.. Mane aku letak kunci kereta tadi aa?? Ala, proposal semalam tak siap lagi.. Eh, dah rakaat berapa da ni?'

Ahad, 13 April 2014

7 perkara elak anak degil.

Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila sesaorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia melakukan. Atau membuat apa yang kita tidak mahu dia melakukan.
Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu itu. Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.
Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar itu. Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina PERHUBUNGAN rapat atau 'rapport'. Bila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.
Di dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; "Resistance is an indication of a lack of rapport" (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat, rapport."
Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat 'rapport' dengan anak anda terjejas?

Namun, Ibu beri 9 perkara besar;
1- Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'Closed Heart'. ini banyak berlaku kepada remaja.
2- Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.
3- Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.
4-Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.
5-Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. (Ibu ada satu video yang Ibu nak tunjuk mengenai perkara ini.) Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.
6- TERLAMPAU mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan.
7 - Tidak mempunyai ILMU dan SKIL berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata.
8 - Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa!
9- Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab HORMAT adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa!

Ingatlah kuncinya, ialah HUBUNGAN RAPAT. Bila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.
Semoga perkongsian Ibu ini membantu.

from :

Rabu, 9 April 2014

Kalsium oo kalsium



Meh wat calculation sikit ekk... Katakan sebotol air susu ni, harga rm 6.50.. Sebotol susu, adalah bersamaan 4 cawan dengan setiap cawan mengandungi 338mg kalsium..

Jumlah kalsium 338g x 4 = 1,352mg --> ok, orang dewasa memerlukan kira-kira 1,000mg kalsium dalam sehari.

Katakan minum susu kotak sebanyak 25 kotak (kos untuk sebulan)
= RM 6.50 x 25
= RM 162.50

untuk Ostermatrix pula :
- Sebotol mengandungi 120 biji, dengan harga RM 61 sebotol.
- Setiap tablet mengandungi 250mg kalsium, dimana setiap tablet kosnya adalah RM 0.51
- Dicadangkan untuk memakan 4 tablet ostematrix sebelum tidur 
= 250mg kalsium x 4 tablet
= 1000mg kalsium.

RM162.50 vs RM61, mana lagi murah??? hehhehheh...

Kalu ambil supplement kalsium, kena pastikan kandungannya mengandungi magnesium dan Vitamin D untuk memudahkan kalsium diserap sepenuhnya ke dalam tulang.  Sekiranya berlebihan kalsium di dalam badan, boleh menyebabkan batu karang terbentuk di dalam buah pinggang.

"Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukkan kalsium ddalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Kebanyakkan orang, mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup dalam magnesium."

(Burton Goldberg Group, Alternative Medicine : The Definitive Guide,  Future Medicine Publishing, Inc. WA, p 533)


Batu karang yang ditemui di dalam buah pinggang (sumber : klik sini)


7'C' isteri yang disukai suami


  1. CantikSentiasa berpakaian cantik n kemas terutama apabila suami balik rumah.
  2. Cinta - kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari isteri untuk suaminya.
  3. Cekap - cekap menguruskan rumah tangga, cekap menguruskan hal anak-anak
  4. Cuba - isteri cuba untuk membuat sendiri. Contoh: isteri cuba tukar tayar sendiri. Bila dah tak boleh sangat, baru minta tolong suami. Barulah suami hargai :-) 
  5. Cepat - suami ajak kuar jer, terus masuk dalam kereta. Bukannya masuk dalam bilik dan bersiap berejam.. Bila suami tegur untuk tegur baju, maksudnya suami faham isteri perlukan masa untuk berdandan.
  6. Cermat - isteri berjimat cermat dalam perbelanjaan, penggunaan barang-barang, bukannya buat kerja cincai.jek..
  7. Cerdik - isteri pandai menangani masalah yang dihadapi, boleh berborak mengenai isu semasa..


Analisis kesihatan tulang


Alhamdulillah selesai check kesihatan tulang, mata, glukos n tekanan darah.. Seme normal..
Analisis kesihatan tulang i tadi:
- 0.5, risiko rendah terhadap osteoporosis.
- Kene kekalkan kalsium, untuk mengelakkan osteoporosis 
- Minum 2 gelas susu, bersama dengan tablet kalsium
- Kena amalkan bersenam, 3x dalam seminggu
- Kafein boleh minum maksimum 2 cawan sahaja sehari. Kafein mengganggu penyerapan kalsium..
- Lakukan pemeriksaan tulang sekali dalam setahun.
Haa... Elok sangat la tu.. Promosi ostematrix bulan ni, memang kene ambil 1 set laa.. Cukup untuk 7 bulan.

Selasa, 8 April 2014

7 'C' ISTERI YANG TIDAK DISUKAI SUAMI (dari Dr Fadillah Kamsah)

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...
anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

CABAR, CABUL, CELUPAR, semua tu asal dari percakapan.. so para isteri, jaga percakapan dengan suami ye...


7'C' yang disukai suami??? tunggu, nanti i share