Duta produk Shakleeku

Keluargaku menggunakan hampir semua produk Shaklee sebelum betul-betul berminat menjadi Shaklee Distributor. Kami adalah testimonial hidup tentang keberkesanan produk Shaklee.

Ahad, 21 Julai 2013

Diabetes,Hipertensi dan Obesiti: Pandemik Era Baru.

Penyakit era baru akibat kemewahan hidup kini. Diabetes, hipertensi dan obesiti kini dikategorikan sebagai pandemik global dalam kategori penyakit tidak berjangkit (NCD). Jom baca artikel Berita Harian 20/7/2013. Rakyat Malaysia hadapi krisis serius penyakit tidak berjangkit KUALA BESUT: Rakyat Malaysia akan menghadapi bahaya kematian akibat penyakit tidak berjangkit (NCD) yang serius sekiranya tidak mengamalkan cara hidup sihat ekoran kemewahan hidup kini.  Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata NCD kini dianggap sebagai satu pandemik di peringkat global di negara-negara maju termasuk yang sedang membangun seperti Malaysia.  Antara penyakit yang terangkum di bawah NCD ialah diabetes, hipertensi dan obesiti.  Katanya, daripada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2008, dianggarkan 63 peratus daripada sebanyak 57 juta kematian akibat penyakit di seluruh dunia adalah kerana NCD.  "Daripada jumlah itu pula Malaysia menduduki...

Khamis, 11 Julai 2013

Hilang sakit tulang belakang sebab czer

...

Selasa, 9 Julai 2013

Doa untuk bayi dalam kandungan

" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.         Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.  Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.         Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.         Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. " ...

Baby gemuk sebab supplement???

haaaaa.... isu hangat ni... ibu-ibu pasti tak nak bayi yang dikandung 'membesar dengan jayanya' kan.... biar besar di luar, jangan besar di dalam perut.... kalu ikutkan, berat anak pertama saya Aira Faqihah adalah 3.45kg, kemudian Adel Lutfil Hakeem adalah 3.95kg dan yang ke-tiga Dhia Fatima Az-Zahra adalah berat 3.74kg... semasa anak ke-dua, memang perut saya amat besar.... yang ketiga, agak besar jugak laa... ketiga-tiga anak saya dilahirkan normal, alhamdulillah..... so, berbalik pada isu asal, saya dah tanya pada doktor pakar Hospital Az-Zahra (masa check-up Dhia), apa yang perlu saya buat untuk tak nak baby besar.. time tu, saya pregnancy 34minggu, baby dah 3.21kg..kalu ikutkan, berat badan saya tak bertambah pun setiap minggu, tapi berat baby naik +-200g... banyak tu.... beliau cakap (lupa la nama doktor tu apa), kalu si ibu tak makan seminggu pun, kalu saluran pemakanan untu baby tu besar, baby akan besar gak... tapi, faktor berikut boleh menyumbang tumbesaran baby: - Genetik...

Isnin, 8 Julai 2013

CARA MENGURUSKAN URI BAYI

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi...

Ahad, 7 Julai 2013

Shape-Up Programme

Ingin keliahatan langsing dengan cara yang sihat dan selamat? Ingin mendapatkan badan yang padat, tanpa menggeleber?? Shape-up programme adalah kaedah terbaik untuk anda yang terdiri daripada : Lechitin Herb-Lax Cinch Shake Mix Cinch Energy Tea Mix ...

Appreciation Hitea 0707

Majlis Appreciation Hitea yang berlangsung di Palacce of the Golden Horses amat meriah, dengan tema ala-ala fairy tale gitu...  Diantara warga Jutawan yang hadir memeriahkan majlis... memang ramai, siap ada kena berdiri lagi (dewan muat 600orang).. tapi sayang, kene balik awal, si Adel 'buat perangai' la pulak... Sempat lagi berposing... heheheheeee.... satu family pakai baju kaler pink gitu, jangan jeles :) diantara isi yang dikongsi oleh Master-Master Jutawan : - Jangan ada sebarang alasan untuk mahu berjaya (nak kene jaga anak la, sibuk la, tak de modal la). - Asal dari jururawat, surirumah, jurutera dari syarikat gergasi kemudiannya fokus 100% kepada Shaklee. - Anda buat, Anda dapat. ...

Sabtu, 6 Julai 2013

Meal Shakes - penyelamat keadaan!!!

Lepas cuti bersalin selama 2 bulan, tak sampai 5 hari bekerja, aku kena cuti kuarantin memandangkan Adel disahkan kena penyakit HMFD (hand, mouth, & foot disease). cuti seminggu jugak laa memandangkan Aira, Adel n Dhia pun kene HMFD.  tapi yang paling teruk, Adel la.. kuar biji2 yang besar n banyak ditapak tangan, belakang siku, kaki, punggung, belakang, buntut, etc.. dalam mulut tu, merah (macam ulser gitu) n banyak...  lepas baik dari HMFD, Dhia lak kene sakit mata.. asalnya, Adel yang sakit mata. tapi tak teruk sangat.  tapi Dhia punya bengkak, cam x leh buka mata gitu.. so, aku cuti lagi 3 hari.. hmm..tak leh jadi ni... nampak gaya, bebudak ni pun kene ambil supplement jugak ni... Pada mulanya, aku bagi Omega Guard pada Aira n Adel. Biasanya, selang 2/3 hari aku akan pecahkan sebiji Omega Guard ke dalam susu budak-budak ni.  tapi memandangkan baunya yang agak hanyir, so aku mula cari initiatif yang lain.  aku mula bagi Meal Shakes kat Aira n Adel....

Jumaat, 5 Julai 2013

Berpantang dengan Shaklee

Sejak berkenalan dengan Shaklee pada September 2012, terus jatuh hati dengan semua produknya..  Asalnya, hanya sering membaca post mengenai kebaikan produk shaklee dan kesan daripada kekurangan nutrisi ketika mengandung oleh Master Nadiah Suhaidi.  Sejak dari itu, post beliau sering menghantui aku. Semasa anak sulung, aku menggunakan produk homeopathi Sxxxxxxx dari awal kehamilan hinggalah semasa berpantang. anak kedua pula, semasa mengandung hanya menggunakan ubat yang diberi oleh doktor (yang seringkali aku 'skip' makan) dan habiskan produk Sxxxxxxx yang masih belum habis sebelum itu.  Untuk anak ketiga inilah, baru aku guna produk Shaklee dari awal kehamilan, berpantang dan amalan untuk seisi keluarga ku.. Dipendekkan cerita, aku memang puas hati dengan produk Shaklee, terutama sekali semasa dalam pantang.  Badan rasa bertenaga, cergas dan berat cepat turun.. bayangkan, aku boleh naik tangga hospital 1 tingkat (time tu lif rosak, aku tak sabar dah nak tengok...

Rabu, 3 Julai 2013

Kisah Roger Barnett dan Keluarga.

Kisah Roger Barnett ini menjadi motivasi dan testimonial pertama kepada pengedar-pengedar Shaklee seluruh dunia. Kisah bagaimana dia bertemu Shaklee akibat masalah kesihatan anaknya, Spencer dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee dan akhirnya membeli syarikat Shaklee dan sekarang merupakan CEO Shaklee. Bagi yang tidak berminat untuk membaca, jom layan "Oprah: Change the way you clean your house". Story of Roger Barnett and his family fall in love with Shaklee For years, the Barnett family lived like most Americans. Then, in 2004, they got an unexpected wake-up call that changed the way they clean their home and treat the environment.Sloan and Roger say they began to notice their son Spencer's health problems when he was just 3 years old. At first, Sloan says her son coughed continuously. One day his heart was racing, so she rushed him to the emergency room."I don't think we knew whether we were going to lose him or not," Roger says. "They told us that he had a respiratory...

Isnin, 1 Julai 2013

Healing Crisis

Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)? Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun. Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan. Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah MengambilSupplement? Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan,...

GLA

GLA, promosi bulan Julai 2013.. Di antara kebaikannya : - menstabilkan hormon wanita - mengurangkan 'period pain' - kulit jadi bertambah cantik - membantu mengecilkan cyst - membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti....

Kekal bertenaga dengan diet ramadhan

Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Oleh itu, pemilihan makanan berkhasiat ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan tergolong jenis karbohidrat kompleks yang sukar dicerna, tapi diperlukan oleh tubuh untuk sistem metabolisme.Inilah yang membuat perut kenyang lebih lama. Makan makanan protein tinggi seperti daging dan ikan.Serat dan kandungan protein yang tinggi dalam daging boleh membuat perut lebih memerlukan waktu lama saat mencerna. Hasilnya, perut akan terasa kenyang hingga tengah hari. Omega 3 pada ikan baik untuk otak dan meningkatkan daya fikir, tanpa membuat perut cepat lapar. Makan perlahan-lahan. Kunyah makanan dengan lambat memberi kesan psikologi seolah-olah anda sudah makan dengan banyak. Seperti...

Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Kolagen adalah salah satu rahsia awet muda. Semakin meningkat usia, kolagen iaitu protein yang amat diperlukan tubuh turut berkurangan. Menambah dan menggantikan kolagen yang hilang dapat membantu menegangkan kulit, mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan serta kelembutan kulit. ...

Sihat dan detoks di bulan Ramadhan

Semua orang ingin cergas dan bertenaga walaupun berpuasa. Apa kata anda cuba amalkan dengan makanan tambahan berikut : - ESP - Alfalfa - Vitalea - B-Complex - Chewable -Vita C Plus - Nutriferon - Performance Dri...