Sabtu, 6 Julai 2013

Meal Shakes - penyelamat keadaan!!!

Lepas cuti bersalin selama 2 bulan, tak sampai 5 hari bekerja, aku kena cuti kuarantin memandangkan Adel disahkan kena penyakit HMFD (hand, mouth, & foot disease). cuti seminggu jugak laa memandangkan Aira, Adel n Dhia pun kene HMFD.  tapi yang paling teruk, Adel la.. kuar biji2 yang besar n banyak ditapak tangan, belakang siku, kaki, punggung, belakang, buntut, etc.. dalam mulut tu, merah (macam ulser gitu) n banyak... 

lepas baik dari HMFD, Dhia lak kene sakit mata.. asalnya, Adel yang sakit mata. tapi tak teruk sangat.  tapi Dhia punya bengkak, cam x leh buka mata gitu.. so, aku cuti lagi 3 hari.. hmm..tak leh jadi ni... nampak gaya, bebudak ni pun kene ambil supplement jugak ni...

Pada mulanya, aku bagi Omega Guard pada Aira n Adel. Biasanya, selang 2/3 hari aku akan pecahkan sebiji Omega Guard ke dalam susu budak-budak ni.  tapi memandangkan baunya yang agak hanyir, so aku mula cari initiatif yang lain. 

aku mula bagi Meal Shakes kat Aira n Adel. cuma sesudu kecil, 1 kali sehari jek, aku masukkan ke dalam susu diorang setiap pagi.  Alhamdulillah, kesihatan Aira n Adel amat baik lepas amalkan Meal Shakes.  Kalu dulu, diorang mudah mendapat demam, selsema n batuk.  Al-maklum laa, bila hantar ke nursery, macam2 penyakit yang dapat.  

Bukannya diorang tak pernah demam lak lepas tu, demam juga.. tapi cepat sembuh la. kalu selsema pun, sekadar berair sedikit sahaja, tapi petang dah baik.. sebab bila rasa badan diorang panas semacam jek, cepat-cepat aku bagi Nutriferon.  Cam masa jerebu bebaru  ni, aku bagi Meal Shakes setiap pagi, Nutriferon dan Vitamin C untuk bagi kuat antibodi diorang.. Alhamdulillah, dengan izin Allah diorang tak demam n batuk..

so, ape lagi?? jom laburkan sedikit duit untuk kesihatan anak-anak kita.  bila anak-anak sihat, barulah kita boleh bekerja dengan tenang.. iye dok?? :)

0 ulasan:

Catat Ulasan