Jumaat, 21 Februari 2014

Rotavirus... #2



Kalu diikutkan, rotavirus ni boleh menyebabkan kematian.. haaa.. jangan memain dengan virus ni!!

Virus ni bley berjangkit melalui makanan, minuman n hasil kumuh.. Dah la tu, rotavirus bley bertahan selama beberapa hari sebelum menjadi agresif.. Sindrom cirit birit, muntah n demam boleh sampai ke 9hari or 3minggu!!

Kalu nampak tanda anak kurang air dalam badan (tiada air mata semasa menangis, bibir kering, mata cengkung, haus yang melampau), lebih baik cepat2 bawa ke hospital.

Selain ORS, uols bley bagi Performance Drink kat anak-anak (sekiranya mereka berumur lebih dari setahun). Aku bagi Performance Drink kat bebudak ni, untuk elak hidrasi.. Antara cara penggunaan PD :
1. 1 cawan air masak, dicampur dengan 2-3 sudu besar PD. Bagi anak minum sepanjang hari.
2. Menggunakan picagari, bagi anak minum PD.. Kekadang, bebudak nak minum dari picagari.
3. Air PD tadi, dimasukkan dalam plastik kecil dan disimpan dalam peti sejuk beku (jadi cam ais krim 20sen tu).. Bebudak tak tahu yang itu adalah air PD.. hehehehe...

Ada vaksin untuk meransang pelalian atau imun kecil pada serangan pertama rotavirus ni, boleh diambil apabila umur 12 minggu sehingga setahun dengan 2-3dos.. Kos vaksin ini agak mahal, namun kos merawatnya lagi mahal.. Jadilah ibu bapa yang bijak dalam memastikan kesihatan anak-anak kita.. Menyesal kemudian, tidak berguna..


0 ulasan:

Catat Ulasan