Sabtu, 8 Februari 2014

Sindrom sakit sendi facet tengkuk


Simptom penyakit ini : 
- sakit dan kejang di bahagian tengkuk, sakit otot bahu dan belikat, pening kepala sehingga ‘menangkap’ ke mata dan penglihatan akan menjadi rabun.
- terasa seolah-olah pening (hanyut) seperti mabuk laut, terasa terumbang-ambing, mata jadi kelabu, mudah pitam, telinga berdesing, manakala perut akan banyak angin menjadikan gastrik.


Rawatan :
Suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi facet tersebut. Suntikan ini akan melemahkan saraf yang bawa signal sakit pada sendi facet tersebut. Bila saraf sudah “kebas”, tiada lagi rasa sakit atau pening.Jika kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses arthritis (proses penuaan) tersebut jika ianya tidak beri rasa sakit. Ramai aorang yang mengalami arthritis pada sendi tapi penyakit ini tidak mengganggu mereka.Majority daripada pesakit (80%) telah sembuh sehari selepas rawatan radiofrequency. Pengambilan supplemen antioxidant dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan untuk memperlahankan proses penuaan.

Rawatan radiaofrequency sudah lama bertapak di hospital HUSM. Tetapi rawatan ini boleh didapati hospital swasta tertentu.Tetapi perlu diingatkan bahawa hasil yang cemerlang dari rawatan suntikan ini,bukan disebabkan oleh semata-mata oleh teknologi atau suntikan dibuat.Tetapi ianya banyak bergantung pada kepakaran doktor melakukan suntikan (yang terlatih), diagnosis yang tepat dan masa yang betul(tidak terlalu serious).Sendi bahu yang sakit dan kaku boleh dirawat dengan suntikan ubat kedalam sendi dan juga rawatan suntikan radiofrequency.








Untuk cerita selanjutnya, klik sini, or sini



0 ulasan:

Catat Ulasan