Khamis, 20 Februari 2014

Rotavirus...

Alhamdulillah aira n adel dah bley kuar hospital petang tadi.. Tapi aira masih lagi cirit n muntah..doctor cakap, dalam proses penyembuhan dah, so bley continue kat rumah jek.. Best doktor pakar kanak2 di kpmc puchong ni.. Perangainya yang mesra kanak2 tapi bley bagi penjelasan yang mudah kepada ibubapa macam aku ni yang baaaaanyak perlu tahu pasal kesihatan kanak2.. 

Rotavirus ni epidemic,  bley menyerang kanak2 n dewasa juga..  Yang penting, jaga kebersihan n selalu cuci tangan dengan sabun.. Antara simptom rotavirus :
- Demam panas
- Cirit birit
- muntah2
- Kurang selera makan
- Perut bergelora
- Badan jadi lesu


Antara rawatan yang mungkin diberikan oleh doktor :
- sukat suhu badan
- Check pernafasan, perut ( kut2 perut kembung), etc
- Bagi ubat demam, ubat tahan muntah, ORS ('air garam').

- Ambil sampel darah
- Ambil sampel najis


So, ape yang perlu dilakukan kalu nampak simptom yang sama seperti tu??
1. Dapatkan rawatan dari doktor ( of course  la kan... Hehehe)
2. Makan ubat untuk kurangkan demam.
3. Kurangkan minuman atau makanan bersusu ( akan menyebabkan makin muntah)
4. Banyakkan minum air masak ( untuk elakkan dehydration)..
5. Digalakkan minum air vitagen, yakult or seangkatan dengannya.. Untuk bagi bakteria baik bekerja dalam perut yang tengah bergelora..
6. Asingkan pesakit tersebut dengan anak-anak yang lain. Pakaian pesakit tersebut perlu dibasuh dengan Dettol dan dibasuh asing, begitu juga dengan pemakanannya (bagi mengelakkan orang lain pun terkena).
7. Mop lantai dan sekitar rumah menggunakan Dettol.
8. Bagi air yang telah dimasak kepada pesakit, kebanyakkan penapis minuman tidak dapat menghalang rotavirus merebak.

TAAAAAAAPI......... Sekiranya anda sering membelikan air Vitagen/Yakult atau yogurt, pastikan sentiasa berada dalam peti untuk pastikan kualitinya.  Jangan biarkan air tersebut berada lama dalam suhu bilik, sebab dalam air tu kan ade bakteria yang baik (probiotic cultures).. Kemungkinan anak anda akan cirit jika minum air tersebut..  Kelebihan minum air Vitagen, klik sini



Ok, nanti sambung ekk..k,bai..



0 ulasan:

Catat Ulasan